Sunday 30 October 2011

63. review pantas.

hai. selamat malam. this is a quick review about aku.

1. aku akan future study , bachelor of forensic science (yang memang aku wish for) di shah alam. 14 ni daftar.
2. aku nak tukar nama blog ni.
3. aku start hobi lama aku balik. (melukis and bela haiwan)
4. aku dah ready to move on dude. yeay!!.

Wednesday 26 October 2011

61.

hai. hello. selamat petang. =) happy depavali. ok ok. hari ni aku spent ti,e wasting time kat rumah je. so, sempat la nak update entry and edit blog. well, aku nak edit blog sebenar nya. tapi before that, aku nak tayang 1 gambar. 

tadaaa~~





korang mesti pelik kan? apa hal lah minah ni tayang gambar bekas and plastik parkson ni pulak. apa kah??

Ekceli, bekas ni dibeli di parkson The Mall near PWTC. kenapa aku beli bekas ni?

macam ni cerita nya, one day, aku nak makan rendang yang dijual tepi escalator The Mall. then benda alah tu dipek dalam plastik je. sekali dengan lemang for sure. then Si Gemok aku tanya how are we suppose to eat?

then mata aku terpandang bekas tapeware ni. so, kami beli and makan rendang yang sedap sangaaat tu. together with my Gemok friend, Edzaffy. =

that's all for to day. like always. I love my Gemok so much. thank you for reading.


the end.

Friday 21 October 2011

62. blog ku, cerita ku.

hai. macam biasa. selamat malam. aku hanya berpeluang nak update blog pada malam hari je. hurmmm.

apa khabar? aku? kadang kadang aku sehat. kadang kadang aku tak sehat.

malam ni sambil bertemankan cerita Pirate of the C*** (tak reti eja). ala cerita Jack Sparow tu. ok. so, bettemankan cerita tu, aku on9 kejap and update cerita di beloog aku ni. bagi aku masa untuk fikir kejap ye...

*akutaktahunakberceritapasalapa.


ok. hurm. dah dapat idea. so, aku nak kawen. yeay! tapi tak ada calon. siapa nak jadi calon ??

ehehee.. cerita nya, bapak aku ni hari tu ada buat lawak sarkis (circus).

-- mula--

" Bah, nape baju orang ni hitam je? dia tak de baju kaler lain ke?"
"biasa la tu long. orang bujang, jiwa rock. bini pun tak de lagi."
"laa. cari la bini."
"laong nak jadi bini dia? kalau long nak, abah nak pinang dia. abah gentleman. "

-- maka tamat la dialog antara aku dan ayah aku. lokasi : kedai dobi--

lately, aku asyik rasa nak kawen je. it's not that aku gatal. tapi, aku tak tahan dah hidup macam ni.



THE END.

Sunday 16 October 2011

60. hey hoo

hai. selamat malam. macam biasa. aku baru balik kerja ni. =) penat tapi seronok.

hurmm.. hari ni aku decide untuk bercerita pasal internet kat rumah yang macam kentut. yup! macam hampehhh.

kejap dia nyala kuning kehijauan. which mean, ada connection to the internet. then, bila aku click icon GC (google chrome), dia nyala merah.

merah kat traffic light pun makna nya tak leh jalan kan? so common sense la bro. makna nya tak ada connection la tu. hangin betol aku. huuuuu. baru nak on9. cuci mata. sight-seeing, like soooo annoying gileee bila tiba tiba MERAH. grrrrRRrrr!


ok next.


aku berdoa sangat sangat semoga tuhan bagi aku 1 petunjuk. aku apply uitm sebab nak sama sama dengan gemok. maybe kat U nanti, gemok akan di takel oleh awek lain, tapi tak salah kalau aku harapkan keajaiban kan??

aku apply jugak U lain. tapi... entah.. aku nak dekat dengan Gemok je. hee. ok la. dah lewat. out dulu. love you so much gemok..

Tuesday 11 October 2011

59. Oh Please.

hai hai. selamat malam semua.

hari ni ribut laju kat rumah aku. tapi still, tenet ok je. aku baru balik dari kerja ni. so, entri ni *maybe* pendek je. aku nak pergi mandi pulak. =)


ok. first kenapa dengan title entri aku pada kali ni,

well. lately ada orang perasan yang aku .... ermmmm .... tercurang dengan dia ....  well ekceli bukan. awak salah faham je tu. saya tak puas hati kalau awak nak cakap saya macam tu. huuu~~ awak cakap nak cari awek lain kan? suruh saya 'chioww' dari life awak kan? ok ok. saya try. ok?? bagi saya sikit masa, Insyallah saya akan berjaya.


ok. kemudian.


korang kenalkan kembar aku? errr.. bff aku?? kenal tak? tak ingat ke ingat? what ever la.. aku tak nak sebut nama. siapa yang tahu tu sila diam. and tuan punya badan, jangan nak melenting je. kau kena tahu jugak apa yang orang sekeliling kau rasa terhadap tingkah laku kau.

ye memang. kau sangat hot. cantik, laku. and bla bla bla. tapi tu bukan tiket untuk kau terus buat tak endah pada hati orang lain. kau tak sedar yang kau dah luka kan hati sesetengah pihak. aku tak kisah kau nak luka kan hati aku ke hapee. sebab kau bukan jenis yang peduli apa orang lain rasa asalkan kau happy.

aku dah penat dengan cara 'I'm your friend. You did wrong but it's ok.' this time aku nak cakap sikit.


aku memang pendendam. kau buat silap, aku senyap. aku ok. cool je. second time, aku tahan lagi dan lagi dan lagi. next time, I'm sorry. I'm out of here.


apa salah kau??


ok. ni salah kau yang buat aku terasa. TERASA ok? kecik hati, terhina. and aku pantang betul dengan orang yang hina aku.

ok. salah nya. one day dia bagi aku kunci rumah dia. so that tiap pagi, aku tak payah ketok pintu, or call dia. then, one day jugak. barang dia hilang. or maybe missed place. then dia call aku dengan suara yang sangat marah. ayat dia lebih kurang macam ni

' hoi. kau ada ambik ***** aku tak?'

-aku blurred- aku tanya dia : 'haaa? apa dia?'

dia again ' aku tanya ni. ada ambik aku punya ***** tak? tak de ni'

maka aku rasa panas je cuping telinga aku ni. hello. kalau ye aku nak pun, aku beli la. aku memang jahil. tapi aku tak gile nak ambik barang orang.

ok. tu satu. kemudian.


one day,

BF dia nak datang sini sebab nak win his sweetheart back. aku plan dengan kawan-kawan lain. lain lain pun ok untuk buat kejutan tu. on that particular day, dia call aku right after dia habis exam. around 11.30 am.

'nak pergi jalan mana jap lagi? aku nak bawak **** sekali ni. ***** nak sewa kereta.'

aku : - haduhhh- ' alaa. hurm. aku ada tetamu istimewa ni. '

dia : 'tak pe la. nanti aku mesej balik.'

tak lama lepas tu, kami sepakat untuk keluar at 3.

aku pergi ambik kereta sewa hapee semua dah. pukul 3, aku sampai rumah dia. dia tidur. aku kejutkan dia - as I promised-, dia taknak bangun and keluar sebab nak tidur. ok fine. dia tak cukup tidur. tapi tahu tak apa dalam kepala aku and the rest of her friends?

- ni mesti sebab ***** tak jadi nak sewa kereta. terus tak nak join aku dengan budak budak ni-


aku sentap!


the end of that day, dia cakap 'planning tu cantik sikit' maybe ayat tu biasa. tapi try to be in my shoes. kau dah penat penat plan, sanggup berperang dengan family, dia cakap macam tu? cantik sikit? I mean like, 'what??!!'


few days lepas tu dia keep on calling aku, text aku sebab nak kunci. hari junaat yang dia sepatut nya join aku tu aku dah bawak nak bagi dia. tapi dia tidurr. aku lupee. and aku pernah bagitahu yang 8hb aku tak ada kay KB. aku teman mak aku pergi Ganu. did she rememmber that? nope. why? simple answer. -cause I'm not important.- aku tak mintak pun untuk jadi someone yang penting dalam hidup sesiapa. but at least tolong ingat apa yang kawan kau cakap.


in her texts, tahu dia cakap apa yang buat aku terguris? *ayat tu lebih kurang macam ni*

dia : aku nak kunci rumah aku. kau pun tak nak pegang kunci rumah orang lama lama kan? nanti jadi apa apa kau jugak yang susah. aku nak guna kunci tu sekarang. sekarang. blaa blaa blaa..

dalam hati aku : -bapak kerek ayat kau. ingat aku nak sangat ke pegang kunci rumah kau ni? hari tu aku nak pulangkan dah. masa barang kau hilang tu. kau yang tak bagi. eh, kau lupe ke hapee? aku tak ada kat KB. nak sekarang sekarang macam mana? eh satu benda pun aku tak lupee pasal kau. kau sedar tak?

kau buat aku rasa macam sampah tau? aku tahu kau dah ada kawan baru. housemate baru. laki pun ramai minat kau. kau hot. tapi tak payah nak treat aku macam sampah.


well, terima kaseh sebab sampah-kan aku. terima kaseh main hempas pintu depan muka aku. terima kaseh kau cakap agak kurang hajar dengan aku, terima kaseh kau dah tak perlukan aku, terima kaseh kau buang aku. semoga kau bahagia dengan life style kau tu? ok. ingat sepandai pandai penyu berenang, ada jugak penyu mati dalam laut.


sekian. tamat enntri aku hari ni dengan penuh perasaan terluka. I'm all alone now. tak ada siapa siapa pun ok jugak. kurang sikit sakit. =)

Friday 7 October 2011

58. yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.



hai. selamat malam.


cewah, title entri kali ni versi pantun 'tak sempat nak kerat'.



kenapa dengan entri and tajuk ni? kenapa ye~~


macam ni cerita nya, aku ada kawan.


Baby nama nya. Nama sebenar kenalah aku rahsia kan. privacy.

well, Baby ni dia dah ada pakwe. korang tahu kan pakwe tu apa? ok terima kasih. tak perlu lah aku nak explain what is pakwe.

so, pakwe Baby ni jauh. Jauh jarak. bercinta, tapi jarang dapat jumpa. al-maklum lah. pakwe Baby duduk KL. study kat satu pusat pengajian tinggi kat Bangi.


pakwe baby ni sayang sangat kat baby. apa baby nak, pakwe dia bagi. nak keluar dengan kawan sampai lewat malam pun pakwe baby bagi. pendek kata semua lah pakwe dia bagi.


Ditakdirkan tuhan, satu hari pakwe baby ni rasa tak sedap hati dengan perangai Baby. Si pakwe ni, stalk Baby. *dia pasang spy* and kantoi lah yang Baby ni CURANG. yes. Baby salah guna kebebesan yang pakwe dia bagi dengan buat orang lain sayang dia. Kriss betul betul mula suka kan Baby. Kriss suruh baby tinggal kan pakwe baby tu. and sejak dari tu, baby mula rasa kurang senang. Kriss hanya 'lembut gigi' diawal perkenalan.


well, if kita lah kan. bila ada orang yang sayang kita, care pasal kita, kita sikit sebanyak akan rasa dihargaikan? walaupun kita always ingat kan diri sendiri yang kita dah ada buah hati. tapi kerana kita jarang jumpa, tak dapat makan malam bersama, shopping bersama,keluar dalam hujan bersama. And kita dapat buat semua tu dengan orang lain, kita akan rasa seronok kan? macam tu la baby rasa. just seronok.


pakwe baby tinggal kan baby. pakwe baby dah tak nak bercinta dengan siapa siapa lagi dah. segala cinta dia dah curahkan pada baby. tapi baby kecewakan dia. 'I'm sorry.' is not good enough. hati si pakwe terluka sangat.

baby try pujuk pakwe dia. baby sedar yang dia messed up. dia menyesal. tapi pepatah ada mengatakan,'sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tak berguna.' lagi lagi bila Baby mula sedar yang tak ada seorang pun mampu mencintai dia sehebat pakwe dia. setahun baby try tunjuk pada pakwe dia yang dia dah menyesal. dia nak betulkan salah dia tu.


tapi end up, pakwe Baby moved on. tukar number, elak calls and messages dari Baby. Baby? still regret dengan apa yang dia dah buat. dia try jugak untuk moved on, tapi hati baby mati. terkubur bersama 1penyesalan.


p/s : kawan kawan, jangan kejar sesuatu yang lebih andainya apa yang kita dah ada sudah mencukupi. takut melepas nanti. dua dua tak dapat. rugi.

Wednesday 5 October 2011

57. aku buat salah lagi.

hai. hari ni aku stay back kat rumah Saffa. aku fikir aku akan happy hari ni. tapi salah.


banyak salah aku buat hari ni.

1. semalam, sekitar jam 12.00+ a.m, aku mesej dengan Gemok. then aku ter'emotional' lebih. end up sekarang dia refuse to answer my phone calls, my text messages. serious menyesal dowh!


2. aku pakai baju kurung besar hari ni. and it make me look so fatt!


3. aku beli barang sampai sekelip mata je dah habis duit. sh*t!


4. I hate Wednesday!

5. Bintang pun off phone. Damn!


why is everybody ignoring my phone calls??

the end.

56. ok ke tak ok?

mula mula sekali, bismilllah~~



ehemm.


berita pasal exam kimia tadi.

sariberita utama.

seorang pelajar, Nicolee (bukan nama sebenar) telah selesai menjawab soalan kimianya dengan tak-berapa-jaya-nya. oleh itu, hari ini diishtiharkan, beliau akan bad mood! huhhh!!


berita seterusnya,


menteri luar bandar, Dato' Nicolee (bukan nama sebenar), dipercayai diserang penyakit berbahaya iaitu, sakit hati. beliau dijangkiti penyakit ini sejak beberapa minggu lalu. namun, tidak menunjukkan sebarang reaksi sehingga lewat petang kelmarin. mangsa, Dato' Nicolee berkata, penyakit ini disebar oleh seseorang yang dikenali beliau dengan gelaran Gemok.

sekian, saya Nicholee G melaporkan untuk belog hitam. teruskan bersama belog hitam.


*hahahaahahahaha*

54. 8 hours and 32 minutes ago.

aku typo. so? faham faham la.

8hours and 32 minutes ago => aku senyum tengok feedjit aku. ehehehe.


okbai.

53. Bintang is Setar.

- mula -

bintang : awak, saya mintak maaf. sehari dua ni saya sibuk. kerja banyak.

aku : *merajokkang!* hm.

bintang : awak,kenapa ni? marah saya ek?

aku : *ye.memangpun.* eh tak la. saya ok je. kena la faham, awak kan kerja demi masa depan.

bintang : yangg. terima kasih sebab faham. yangg, kita mesej lagi lain kali ok? saya on-call. taw? malam nanti saya telipon awak.

aku : *EEEEeEEEE!* ok awak. jaga diri.

2 3 jam lepas tu.

bintang : yangg, saya copy gamabr awak dalam FB,buat wallpaper HP saya. rindu. hehe! patient tengok gamabr awak tadi. dia kata cantik. sejuk hati saya. sorry, saya sibuk. pergi dulu. jaga diri yangg. tidur la dulu ye.


aku : *elehnakambikhatiakulatu!* (lepas baca mesej terus tidur. malas balas. merajok!)

-tamat-

52. jari aku menari lagi.

hai. selamat malam. jangan tidur lagi. baca entri ni dulu.
*mengeluhpanjang*

kebelakangan ni banyak benda yang terjadi. yang buat aku rasa, aku mahu hentikan masa sekejap.
hidup? serious bosan. penat tahu?

kenapa?

sebab aku kejar bayang bayang. ye. *mengeluhlagi*

kawan, maaf aku tak makan nasihat yang kau bagi.
kawan, maaf aku tak dapat gagahkan diri.
kawan, maaf aku masih rindukan dia lagi.

kau tahu kan siapa? hee. ^____^v

~ayat poyo!~

ok ok. my bad!

malam ni aku kuciwa+happy.

*gilakeapapempuanni?*

kuciwa sebab,

aku rasa macam aku tak dapat masuk UiTM sama sama dengan dia. T___T


happy sebab.


'awak ingat saya marah awak bagi hp kat **** tu kenapa? awak bersayang sayang dengan ***** tu kenapa? '


walau hanya 1 ayat yang berbaur marah, tapi tu berjaya buat aku tersenyum kelat.

aku harap kan keajaiban.

sekian.

Sunday 2 October 2011

51. awak ni.

hai. ni cuma entry pendek je ok?

awak, dah lama awak bersama saya.
jadi...
awak, jangan la tinggal saya. huhu.

biar la dia nak pergi pun. saya kan ada. huhuu.

Wednesday 28 September 2011

49. sakit gigi punya pasal.

hai selamat pagi. sari berita utama. huhu.

ok ok. hari ni aku tak mampu nak jadi pembaca berita sebab sakit gigi. merana weyh!

kesian Bintang.

10.29 pm,
aku : awak, kawan lama kita mesej. saya balas tak pe kan?
bintang : laa. mesej la.
aku : awak, saya baru lepas makan ubat sakit gigi ni. kalau tertidur sorry ye?
bintang : kalau ngantuk, tidur.
aku : awak.... kenapa ni? saya ada buat benda awak tak suka ke? awak macam tak ada mood je.
bintang : eh tak la. saya tengah drive ni. memang la mood terbang terbang. mesti awak ingat saya terasa or merajuk kan? yangg ni.

aku : yela. saya takut juga kalau kalau terbuat benda yang awak tak suka.
bintang : awak mesej la dulu dengan kawan lama kita tu. don't worry. saya tak jeles. saya gentleman.
aku : Tq awak.
bintang : tak kan saya nak halang awak berkawan pulak. betul ni. saya tak marah. pergi la. awak, saya nak sambung drive ni. nanti saya sampai rumah, kita mesej balik ok?
aku : ok wak. drive elok elok.


11.19 pm,

bintang : awak. dah tidur ke?
aku : ..... ( dah tidur ;p )
bintang : jurm. tak balas pun. mesti dah tidur ni kan? call pun tak angkat. takpe la yangg. good night. setakat kita kenal, mesej mesej, awak mesti tidur dulu. huhu. takpe takpe. good night yangg.


-- tamat --

haish. aku lately asyik penat and tertidur awal. kesian dia. ;( huhu. sorry yangg.

aku teringat something.

-- mula --
aku : .. dah lama tak bunga bunga.
bintang : awak nak bunga ke? nanti saya balik, saya bagi bunga banyak banyak. birthday awak 13 bulan 2 kan?

aku : a'a. awak?
bintang : fuhh. lega. saya sehari awal. nanti boleh sambut sam sama. selama ni saya tengok je kawan kawan sambut dengan awek diaorang. tapi saya risau la.

aku : risau kanapa awak? takut tak sampai bulan dua kita dah gaduh ke?
bintang : yela. risau takut awak ada teman lain, takut kita gaduh. bukan senang nak dapat awak. dari zaman sekolah lagi. saya tengok je awak dengan H****. sekolah menegah, awak pergi jauh dari saya. nasib baik ada facebook.

aku : .... ( terkedu ) err. awak jangan risau ok? saya jenis setia. kalau tak, tak kan saya dengan Ex saya sempat sampai 3tahun. kami jauh. macam awak dengan saya sekarang. KL KB. ok mucuk?

bintang ; ok wak.

-- tamat --

haha! so, tunggu jela kehadiran bunga. aku ajak dia datang dinner aku nanti. hopefully dia dapat datang. =)

doa kan kebahagiaan aku dengan dia ye? Thanks korang.

Tuesday 27 September 2011

48. taken.

ni cuma entri pendek. hai. selamat petang.

hari ni di umumkan saya, tuan punya blog telah TAKEN by my Bintang.

 my bintang sekarang berada di KL. siapa kah beliau? tunggu dan lihat.

the end. =)

Sunday 25 September 2011

47. hari bosan sedunia.

hai hai. apa apa pun. aku nak upload dulu 1 gambar.

taken on : 25 sept 2011
ok dah. hehe. baju tu, yang kaler hitam bintik-bintik puteh tu aku jahit sendiri. aku tak boleh tidur + stress. so, aku jahit baju 1.

ok. hari ni aku bosan. next paper is on 29 sept. kimia 360 = susah jugak tu. tapi aku maseh dalam zon selesa. hurmm. bosan. =='

aku upload gambar jela ek? tak ada modal nak berjiwang dalam entri ni. next entri kita buat entri jiwang. jap je lagi.


tada. gambar rajah di atas menunjukkan sebiji kek coklat yang diseliputi oleh aising pink perisa stawberry. kek ini dibuat oleh aku sendiri. *ayat skema macam bebudak nak UPSR je. hee! tak pe tak pe. next gambar pleaseeee!



HEHE! ni gambar abang aku, Zizi (bekas bf aku ekceli) bersama adik bongsu aku, Faiq. masa ni aku pergi UiTM Chendering. abang aku study sana *masa tu la. sekarang study Perak pulak. ok. move on to next gambar...


tahan . tahan . ok tak tahan. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAhhahaha. ni gambar masa sekolah rendah dulu... aku yang tengah.. duduk.. lucu la.. ok sejujurnya aku memang rabun ayam. dari kecik lagi dah pakai spek. hahaha.

ok dah. aku tak tahan nak gelak. =)

Tuesday 20 September 2011

46. Entry kosong

hari ni aku berkesempatan untuk update entry belog ke 5 aku ni. tapi bila terlalu banyak yang nak di kongsi, aku jadi tak tahu  mana satu yang nak di-display dulu.

ok. kita mulakan dengan, hidup aku sekarang. indeeed aku still tak berteman. tapi hati aku dah terkurung. terima kasih chekgu.


nak htc wildfire ke incredible s??? ;s chekguuuuu...

Tuesday 6 September 2011

46. kejutan dari KBmall

hai hai. lama dah update blog ni. hee. nak tahu cerita baru about aku? wellaku dah moved on. yeay! hiphip horayy!

ehemhem..

Dear Diary,
last time aku keluar dengan JM (bukan nama sebenar) and Saffa was a blast. aku just gatal tangan nak komen kat Fb dia bila dia cakap bosan. aku ajak JM keluar. and for sure aku ajak BFF a.k.a adik a.k.a kembar siam aku iaitu Saffa supaya ikot aku jugak. =) lucky Saffa setuju nak join. kalau tak aku tak jadi jugak keluar kot.

well, FYI JM ni ialah kawan kepada Ex aku. so, for sure dia akan buka cerita about EX aku tu. which is, aku tak nak dengar people mentioning him in front of me. It hurt and sucks! lega aku bila Saffa ada. dia faham yang aku alergik bila EX EX disebut.

so, dipendekkan cerita. JM ajak kami masuk polaris KBMall. kata nya nak cari cincin for GF dia. aku and Saffa pun tolongla cari kan pattern yang kami rasa cun,cantik dan seerti dengan nya menurut taste masing-masing.

JM setuju dengan Saffa. Maka dia pun sibuk dok cari saiz yang akan padan dengan jari GF dia. aku malas nak tunggu. lagi pun aku bukan ada BF nak pilih-pilih cincin. Saffa dok sebok calling calling Mr. Musang dia. nak beli cincin couple diorang. aku menapak pergi ke bahagian gelang kaki. then JM datang dekat. dia dah siap bayar dah pun. kami pun pergi la makan kat Mc D, main snokkerrr (lucu bila ingat snokkkeerr time nih!)

apa yang lucu pasal snokkerrr ni? dalam tempat snookkeerr tu cuma ada aku and Saffa je (Perempuan) yang lain semua laki. so, semua mata kat aku and Saffa. aku jadi seram sejuk. PEMALU ok? HAHA! JM sebok dok crack jokes.

at the end of the outing time, aku nampak JM bukak plastik cincin yang dia beli tu. aku tanya kenapa nak pakai sekarang,pakai la dengan GF nanti. sarung sama-sama. JM cakap yela. nak pakai sama-sam la ni. then kereta yang kami naik stop depan rumah Saffa. Saffa turun dulu. aku dok cari barang aku. takut terambik barang JM. then JM hulur cincin kat aku. aku terkejut sangat. kata nak bagi GF. apa ni? then dia sarung kat jari aku. aku terkedu. aku mampu kelip mata je. bila bayang kereta JM hilang, aku jerit kuat-kuat dengan Saffa. menangis aku di buat nya.

aku tak pernah fikir yang aku akan dapat cincin dari mana-mana laki selain dari suami aku nanti. sumpah pintu hati aku dah tertutup buat masa ni.

ok ok. the end. aku tak mo komen banyak. tata. see you again .

lots of love,
Emma Noordin.

Wednesday 24 August 2011

45. aku punya suka lah!

hai. selamat malam. eh ada ke? salah salah. selamat petang. hee.

ok. sekarang aku tengah busy siap kan FYP ( final year project) subject ETR. Subjek pernigaan. subjek ni sangat-sangat tak kena dengan kos aku ambik kat U. grrrR~ *sape suggest benda alah ni dalam sillibus haaa??*

Jadi entry aku malam ni is about....~~~~...~~~~


Aku yang tengah bergelut dengan emosi. ada orang cop aku as orang yang ada masalah dengan emosi. Emosi tak stabil la, apa benda alah lain, macam-macam. aku nak tegas kan kat sini yang , even aku ada konfik dengan emosi aku ni, aku tak ganggu siapa-siapa pun. aku beremosi sorang-sorang depan PC. status kat FB pun, aku tak paksa siapa-siapa like or comment. nak remove aku as friend pun boleh. aku tak kesah lah. aku ada FB bukan nak bertanding siapa ramai kawan. =.=''

kenapa aku berperang dengan emosi? ok. ni sebab nya, aku mula-mula koya moved on. tak heran sikit pun. tapi hakekat nya, aku heran. yes aku sangat heran. pernah jugak aku koya nak cari lain. nak tu, nak ni. tapi yang tu jugak aku cari last-last. sekarang sejak kuning cair *kod name orang yang sebijik dengan Si gemok aku* mula muncul, asyik tegur. (*aku tak koya kan?) aku jadi tak keruan jap. jap je ok? masa tu je. even sekarang, ada dua tiga ketul makhluk yang nak rapat dengan aku. aku k je. nak kawan kawan boleh. tapi kalau dah:


L : awak, saya mula suka kat awak lah. jom couple.
aku : habes GF awak? nak letak mana? 
L : saya tak heppy dengan dia sekarang ni. tapi dengan awak, saya heppy. saya jatuh cinta dengan awak.
aku : fikir masak-masak la dulu ok?
L : apa kurang nya saya dari Ex awak tu? awak tak boleh terima saya ke? kenapa?
aku *dalam hati* : kalau sekarang ko boleh curang. nanti-nanti pun ko akan curang jugak. GF tu ko akan tinggal sebab aku. habes, nanti ko tinggal aku sebab perempuan lain. please la. hidup ada karma.





 *ayat aku kurang ajar ke? maaf*  =.='' siapa makan cili, rasa pedas.

jadi,kawan-kawan. ayoh la kita berdoa semoga aku jadi kebal. =)

Tuesday 23 August 2011

44. moved on

hey hey. greeting. morning guys. sekarang jam aku tunjuk 8.25 am. kelas aku pukul 10 jap lagi. test BIO 320 and CHM 350. HEHHE! aku, macam biasa. tak akan study pulon macam orang lain sebab aku memang jenis tak study. HUHHU!

kenapa dengan tajuk entry tu ek?

ekceli. aku nak move on dah lama dah. tapi tak boleh. maybe aku tak boleh push sangat kot. biar masa yang tentu kan. EHEHEE!

semalam, 22 ogos. kolej ada buat jamuan bukak puasa besar-besaran. wajib pakai baju kurung. aku tak ada baju kurung. aku dari rumah. malam tu aku tumpang rumah Saffa. so, aku tak bawak bekal baju kurung la jawap nyee. maka, Saffa and roomate nya bertungkus lumus cari kan aku baju kurung. guess what colour. PINK! ye pink. nice sangat. sekali aku sarong baju tu, siap dengan tudung segala. tiba-tiba Saffa berkata

' ema.. ang nampak lain. nampak ayu gila. serious lain.'

aku pun kembang ;p HAHA! tapi aku tak tahu kenapa dia cakap macam tu.

masa kat dewan jubli perak terjadi la adegan-adegan menarek kat situ.

ingat tak kat kolej aku ada orang yang sama muka sebijik dengan Si Gemok aku tu?
(aku pernah cakap kan?)

so, eventually masa orang dok ceramah bagai. aku dan Coin ( budak rumah Saffa) keluar,nak lepak tepi padang. dan ber-foto-soot. masa aku dok jalan menuju tempat kejadian iaitu tepi padang, orang yang sama muka sebijik dengan Si Gemok aku tu tengok aku berkali-kali. lepas toleh, toleh, then tolen lagi.

in my small mind : apa hal la dia ni. sebelum ni tengok aku macam nak makan. ni muka tak percaya+terkejut pulak.

aku ignore jap issue pasal dia and focus on foto-soot dengan Coin. lepas setengah jam lebih bergambar, aku terbau sesuatu yang nyaman (time puasa, bau nyaman mesti la makanan)

aku ajak COin masuk dewan balik. secara aku-tak-tahu-sengaja-ke-tak, orang tu duduk dekat dengan tempat aku duduk. ngadap aku. (aku perasan ke? HAHA!) and yes. dia tenung aku (tengok lama-lama tak berkelip tu tenung la kan?)

aku? malu.

aku dok sembang dengan kawan-kawan lain, usik-usik apa semua. tengokk-tengok orang dah start kerumun tempat ambik makan. aku pun join the group la. tempat yang aku pergi nak ambik makan tu, dia ada. dia kat belakang. antara dia dengan makanan sekarang ni. status aku masa tu, perot lapar mata nak tengok kat dia. ye lah nak tahu kenapa tengok aku dengan pandangan macam tu tadi. tapi perot menguasai minda. makanan lagi penting. ;p

selesai ambik makanan, aku duduk kat tempat tadi. atas tikar,depan kipas dengan kawan ramai-ramai dengan makanan yang super-banyak.

aku tak tahu macam mana mata aku ternampak dia lagi. and yes dia usha aku lagi. geram betol aku! maka aku mula kan tabiat lama aku yang aku berhenti buat masa form 4. sekarang aku buat balik. nak tahu apa? haaaaa. aku tenung dia balik. lawan mata. (tapi dari mata turun ke hati kan? ;p ) dia kalah. dia toleh lain. aku tengok lagi. tak puas hati beb. dia tunduk diam je. yesssss! padan muka kau!

dengar je orang azan, semua bizi melahap. dewan senyap. aku terdengar suara sipi-sipi je.

' makan kenyang-kenyang ye. malam ni futsal tau.'

aku angkat kepala. ok. memang dia yang bercakap sebegitu. motif? entah. sorry der. wa lapar. adios. entah masa mana dia blah entah. bagus. selesa sikit hidup aku nak gerak bila tak ada mata dok tenung aku. haha.

korang nak kata aku perasan la ni? ok. kata la. huhu. aku out dulu. tata.


p/s : nak tengok baju pink yang aku pakai pegi majlis buka puasa tu? tengok kat FB aku. cari Gdaes Ybb or Si Gades. ok? ^______^


Sunday 21 August 2011

43. ada style la!

seiring dengan era yang serba nak cantik, cun, cepat dan ceria ni. negara kita, Malaysia telah dilanda demam Korea. demam ke? ok maybe tak. HEHE! aku pun kena demam tu jugak. aku suka tengok rambut budak-budak korea ni. muka licin. cute gilee dengan mata besar, mulut kecik, hidung kecik, aaaaa! comel. laki pempuan, sama je. adorable sangat. dah tengok dream high? b.o.f? marry me mery? personal taste? guminho? adehh =.=

nanti tengok ye? best!

apa-apa pun, jom cuci mata sat..~~


Go Hye Mi

Jin Guk and Hye Mi

Jin Guk and Hye Mi


jason and pilsuk.

jason



Wednesday 17 August 2011

42. aku curious la.

huhu. eh apa ni. mula kena greeting dulu la. Salam korang. ok haa. sekarang baru boleh nak 'huhu'. nak tahu  kenapa aku curious? sebab entry aku sangat pelik la. sebab? motif? betol ke apa yang aku fikir ni. blog aku yang aku rahsia kan dari semua orang dah di jumpai oleh dia. Si gemok aku. adakah ini juga bermakna, dia dah jumpa blog ni? =.= konfiusssss. ok. aku tengah WC (web cam) dengan Si Gemok lagi ni. OMG. I miss You so much la gemok. jom kapel balik nak? ;p ( kuat nya aku berangan)

Tuesday 16 August 2011

41. aku suka mereka. anda?

pagi ni aku nak cakap about retiss-retiss yang di gemari. ( penyanyi)

aku tak kenal sangat pelakon sebab jarang tengok TV. HAHA! sounds silly tapi true.
and aku jugak jarang dengar lagu melay-wood, melayu-melayu.nak kata aku berlagak ke? kata la. tapi aku ada sebab. sebab nya ialah korang perasan tak penyanyi melayu ni, asyik nyanyi lagu yang lebeh kurang. putus cinta,putus cinta. rentak pulak tak kena dengan tema lagu. aku tahu bukan senang nak buat lagu. tapi please la.

ok now aku nak bagi tahu kenapa aku suka lagu barat more. sebab mereka buat lagu multi theme. macam-macam lagu ada. aku nak senaraikan pun tak mampu. kang lebam jari ak ni. HAHA!

aku mostly suka lagu yang rancak sebab boleh buat juget juget. paling tak pun boleh buat jerit-jerit.

thanks to Rihanna, Christina Aguilera, Britney Spears, Maroon 5, Glee (masuk bilangan jugak.), lil wayne, Justin bieber, Criss Brown, Rascal flatt, matchbox 20, keane, and many more. :) mostly aku suka lagu lama. evergreen.

readers sekalian, anda macam mana? lagu apa yang korang suka? :)

Monday 8 August 2011

40. terima kaseh

hai. walaupun follower blog aku cuma 8. ye 8 orang je. tapi readeers dah ratus. thanks ye. :)

Sunday 7 August 2011

39. Dulu BF sekarang abang.

mulaa-mula aku nak introduce kan insan ni. tadaa~



ok. nama dia GG. or Zizi. nama penuh dia, Mohd Amirul Azizi Ibrahim.
dia di lahir kan pada 15 januari 1989.
nak num. ic dia sekali ke? hahaha
dia orang pure Terengganu.

so, macam mana kami boleh kenal?

err~ kami di takdir kan untuk jumpa di MRSM Kuala Terengganu pada tahun 2006.
hubungan antara kami pada mula nya bukan la macam sekarang - abang adik.
dulu kami sepasang. hehe! *tua punya badan jangan marah ye? ;p

kami berpisah, putus, break off, break up, it's over! haha. awal-awal putus dulu memang aku niat tak nak ada pape lagi dah dengan dia. kecik hati punye pasal. aku tak nak contact langsung. tapi entah macam mana sampai sekarang, aku still berhubung dengan dia. mak dia mak aku jugak. kami keluarga. ^^,

thanks to Zizi jugak la, aku banyak berubah. dari almost 50kg hingga 38kg. ahaha. ye. swear. dulu dia tinggal aku, aku ingat sebab aku gemok dia tak nak.(*yela masa tu ak budak lagi. mana boleh fikir sangat) dulu aku comot sangat. serabai. tapi sekarang aku rasa better sikit dah. aku dah pandai make-up, dress up macam perempuan. dah teenage dah. bukan budak lagi. di sebab kan dia la aku ni memilih sangat bab-bab Boyfie ni.

nak aku upload pic masa kami sepasang dulu? boleh. tapi tunggu la ye? kena mintak izin dia dulu.

so, entri ni khas buat abang kesayangan aku, ZIZi. thank you so much for being by my sides all these time.

masa Ema pergi UiTM hari tu, Zizi spent time dengan Ema and Soiq (*adik baby aku) sampai petang. Zizi dokong Si Soiq yang super-duper berat. Thanks.

Masa Ema putus dengan Afiq, Zizi jadi teman Ema. tempat Ema ngadu. Thanks. Ema tahu Zizi pun kadang-kadang Bizi. tapi Zizi selalu ada masa untuk Ema.


apa yang paling aku ingat about abang aku yang sorang ni ialah 77 & 5131. dia punya otak geliga seyh! tahu kenapa? huruf a b c kan ada 26. so, huruf apa yang ke-7? yang ke-5? yang ke-13? yang pertama? so, sebab tu la. and, "kan sebab mata Ema yang besar tu jugak la buat Zizi jatuh hati kat Ema."

thank Mohd. Amirul Azizi Ibrahim. nanti kirim salam kat Mak ye? ;)

aku juga turut selit kan beberapa keping gambar abang aku ni, yang berjaya aku curi dari FB beliau. jom cuci mata.





Thursday 4 August 2011

37. you make me smile

hari ni aku sangat busy. kelas pukul 8, test pukul 9 ( aku tak study pun. terlupee ada test.),kelas lagi dan lagi up till now. ni baru rest. yang juga bermakna aku baru dapat atas talian ( online ) just now aku bukak FB aku. checked inbox. tadaaa~ you make me smile. ada statement dari someone yang buat aku smile. he's my ex. or I'm his ex? entah. mana-mana pun bole. hee. kami still contact, berkawan, in fact, dia dah jadi family aku pun. a part of my life. mak dia, mak aku jugak. dia abang aku~ weeeiiiyyy~~ (mood=heppy)

so, aku terlupe yang sebenar nya aku down. nak marah kat kawan aku yang sekor ni. huu~ sebab nak marah? biar lah rahsia. ye? tapi nak marah sangat.

dalam pada aku nak marah-marah ni, aku dengar lagu. lagu you make me smile sebab teringat kat Abang aku tu. he always make me smile. I adore him so much. thanks for reading my blogs too 77.

(*77 ialah nama dia. aku tak mintak izin untuk sebut nama dia. so, tak ley sebut. kang dia marah. isu sensitip tu)


owh lagi satu benda. pernah tak aku mention yang kat kolej aku ni ada sorang budak ni muka sangat iras dengan Si Gemok aku? ok. aku belum mention lagi kan? so, a'a. ada. sebijik sebijan. sama! beza dia dan Si Gemok ialah :

1. Gemok aku tak smoking. dia smoking.
2. Gemok aku naik CRV and Atos. dia Kelisa and MyVi.
3. Gemok aku tak kuat bersukan. dia atlet bola sepak kolej.
4. Gemok aku body biasa-biasa je. dia tafff~

ulalalala~~

tu je beza mereka. tadi aku serempak dengan dia. banyak kali ekceli. tapi tak pe. tak ada efek pun. haha!
ok. itu sahaja entri pada tengahari yang panas gilee ni.

so, tu saja entri pada tengah hari yang panas gilee di KB ni. thanks for reading folks~ jumpe di entri lain pulak ye?

Wednesday 3 August 2011

36. abang saya suka mata saya.

hehe! selamat pagi. ni entri sebelum pergi kelas. jam 8.26 a.m. sepatut nya, aku dah berdiri teguh depan cermin,make-up segala, dok lilit shawl. tapi hari ni macam tak ada mood pulak. =.=' mood lari ke laut.

ok jap. merujuk kepada tajuk kita pada hari ni, meh aku upload satu gambar.

nampak tak amirul luiz comment apa? haha. dia abang aku.
so, dalam gambar tu mata aku besar. ok. yela. secara live pun, memang mata aku besar. HAHA!. and ada orang suka. aku maseh ada 6minit untuk merapu. cause aku kena iron kain kurung aku ni. kedut sangat dah. lepas subuh tadi iron,pakai,tidur guling-guling. maka kain aku kedut sejuta. bosan weyh! ok tak pe. nanti gap, aku nak update blog rahsia aku. muahahaha. nak jejalan blog aku yang tu/ boleh. tunggu la. ye? aku gerak dulu.


btw, mana Nobita and the geng ek? tak nampak pun kat kolej. huhu~ bila aku tengok Nobita and the geng aku senyum sorng-sorang. tak tahu kenapa. Nobie Nobie. HAHA!

Tuesday 2 August 2011

35. cinta ni perlu ke tak?

title nak gempak je. HAHA! ok. hari ni aku nak bertanya dan meluah sedikit sebantak idea-idea kurang matang aku mengenai tajuk kita.

kalau sebut cinta, mesti orang akan kaitkan dengan couple. iaitu pasangan. perlu ke?

semua tu depend on pandangan masing-masing. kalau korang rasa tak perlu, maka tak perlu lah. mungkin korang tak nampak lagi keperluan untuk ada seorang teman. mungkin korang rasa cukup dengan ada nya kawan sekeliling. terserah la kan? tak kan la aku nak mintak korang senarai kan alasan korang pulak. tak rational la tindakkan aku nanti. ni kan subjektif.

bagi aku pulak, sejak putus tunang ni. aku memang nampak beza hidup bujang (tak ada teman a.k.a BF). memang aku sokong sesetengah pihak yang cakap kita perlu ada pasangan. bagi aku la, tak kan ko nak ngadu benda macam-macam pada kawan? contoh? ok. sebagai contoh, semalam tak dapat tidur sebab mimpi pelik. so, korang terjaga dari tidur yang super-takbest tu. korang nak ke mesej kawan? let say jam dah point pukul 3 pagi. percaya la cakap aku. tak semua kawan boleh tahan lame kalau macam tu sikap ko. paling tak pun, dia akan dengar je. ko nangis takut ke, ko tak sedap hati ke, dia just dengar je. tak bagi respon positif. setakat 'haa. owh. ye la tu.' tu je.

nak aku ulas lagi ? tak perlu kot. so, sekarang aku nak cakap kenapa aku sokong hidup berteman ni.
ok. mula-mula aku rasa sebab aku ni pernah hidup berteman untuk 1 tempoh yang agak lama (bagi aku 3tahun asyik berkepit,bermesej,pantang ada cuti nak jumpa tu lama ok?)

sebab kedua, ialah sebab aku tak pernah bujang solo tak berteman. haha! swear! aku akui dulu aku ni kaki laki. semua laki aku kawan. aku lepak sana sini dengan laki. tapi sejak aku jumpa Si Gemok aku tu, aku buang dah tabiat tu. aku ada dia sorang je. so, sekarang aku tak ada siapa-siapa (ayat nak sedih je kan?)

jadi, konklusi nya. aku jadi sunyi tak tentu hala. meroyan gile nak mampus. tak hengat dunia punye sial. (dah datang dah tabiat mencarut dia) HAHA! jangan marah aku ye?

soalannya sekarang, setelah meneliti entri ni apa anda dapat? huhu =.='

*kadang-kadang aku ni senggaaaal nak mampus. pergi 'like' and konon nye cairrr bile tengok orang yang iras-iras Si Gemok aku tu. Gosh! sah aku gileee. kan? err~ by the way, ada siapa-siapa yang single and available tak? ;p jom kenal. HAHA!



gambar tungggang terbalikkkk~

Monday 1 August 2011

34. rindu betendang lagi =,=

hai.hai hari ni cuma nak cakap yang tiba-tiba aku rindu ex aku pulak. teringat jaman bersama dulu. yela. kami couple jarak jauh. Kl and Kb tu sangat jauh ok? sekarang cik saffa pun sedang merasa.

kalau dulu, aku lapar, ngidam nak Mc D ke KFC ke, maka si gemok aku tu akan bank-in kan duit supaya aku dapat makan. kira macam belanja la tu. kan? kami makan sama-sama depan WC (web cam). aku teringat satu benda ni. aku berkenan sangat dengan seluar applemint wane hitam. kat Parkson tu ada 2helai je. and saiz aku (25) ada 1 je. so, aku sangat mengade dengan dia. asek cakap je pasal seluar ru. then, satu hari tu dia cakap

'yang,cube cek cimb. papa rasa duit ayang terbanyak la.'

maka aku cek la. ok. memang ada duit yang tak tahu dari mana.

'dah tengok dah? papa rasa ayang dah boleh beli seluar tu kot.dah pegi beli cepat. kang habis.'

terharu aku. haha! maka aku ajak la kawan baik aku mase tu (cik jaja) untuk beli seluar tu.

so, kami memang happy dengan cara ni. full of suprise. even jauh sangat with each other.

ok. now aku teringat pulak peristiwa aku di tipu oleh si gemok.

mula-mula dia cakap dia nak balik KB. aku happy gilee. dah 2bulan tak jumpe, tak date. asek WC je. rindu la jugak kan? dua hari dari tarikh yang dia sepatut nya balik KB dia cakap ada emergency. tak dapat balik. aku sedih gileeee! aku dah beli hadiah nak bagi dia. sedihhh~ malam tu, kazen dia, Kak Mily ajak aku keluar. ok. kazen dia memang sangat baik dengan aku. rapat gilee. aku pun keluar jela. tak suspek apa-apa. make-up tak, lawa-lawa pun tak. memang buruk habis.

ok ni part aku tak leh lupe. bila aku naik MyVi Kak Mily, aku terbau perfume si gemok. ok. aku pelik tapi malas nak layan sebab maybe aku terlalu rindu. zzzzz~*hp vibrate.

'hello,pa'

'haa. ayang kat mana? dah keluar dengan Kak Mily dah ke?'

'a'a. Pa.. rindu.. nape tak jadi balik. lau balik, boleh date taw. ayang rindu papa.'

'sorry la syg. papa ada keje. hurm ayg~~*suara gedik dia yang aku sangat suka.* cbe tengok belakang.'

maka aku jerit kuat-kuat.

PAPA!!!!


dia menyorok kat belakang! betuah punye budak! eeee.


macam tu la hidup aku dengan dia selama 3tahun. rindu seyh!

fyi : aku suka sangat panggil Boyfie aku dengan nama Papa. sweet!



lagu tema hari ni. i miss you papa

Sunday 31 July 2011

32. entry basi

aku ada benda nak share. tapi dah lupee. haha! so, aku upload pictures je la ek?

cik gades on 31/july/2011. hello Ramadhan.
mulut itik ;)

tu saja. thanks.

Thursday 28 July 2011

31. lelaki idaman

aku ni suka sangat google nama dia. nak try jugak? jom. try google, NIK SHARIL AFIQ MOKHTAR.

tekan image.. jumpe tak? hakhakhak. ! aku sukaaa.

tapi tak apa. tak ada efek dah. memang aku rindu dia. tempat dia dalam hati aku ni memang tak akan ada ornag mampu ganti.

tapi right now, hati aku tawar. malas nak bercinta. semua tak ada ciri-ciri yang aku nak. ok ok. aku bukan budget hot or perfect sangat nak memilih-milh ni. just kalau boleh nak macam tu.

1. kulit cerah. tak cerah macam orang puteh pun tak pe. pan-asia dah cukup.

2. tinggi dia lebih dari aku. aku 150 (*senang nye la kan?) tapi tak lebih dari 170. haaa~ susah tu.

3. pandai ambik hati aku dengan tak buat apa yang aku tak suka. sebab aku akan cakap awal-awal apa aku tak suka,apa aku suka.

4. pandai nyanyi. baru boleh sing along time gayut. tak de la bosan. kan? paling tak pun, always bermodal untuk sembang dengan aku. kang aku diam, dia diam. kredit, bazir gitu je.

5. tahu bergaya. yang bermaksud, nak g pantai pakai tuxedo. gila! haha. so,faham la kan?

6. tahu masak. aku suka makan. so, kena la pandai masak. aku pun pandai masak. ok ok. paling kurang pun, tahu makanan apa yang sesuai untuk dimakan. contoh, keluar date time lunch, ajak aku makan burger je. like-lame! nasi la weyh! lapa ni..

7. tahu beza kan muka aku marah, muka aku nak manje-manje. secara ringkas, tahu tengok riak muka. kang aku dok tahan nak marah, ko tambah lagi. memang nak kena terajang kat aku!

8. jenis yang ada HP. apa kah? ok. gini. ada setengah orang tu bila kita text, 12jam lepas tu baru balas. tu jenis yang tak ada hp or jenis hp campak laut. aku tak suka. tengah-tengah mesej tiba-tiba diam. nak mati kena ceramah kat aku, try la..

9. sapa tak nak Boyfie yang sweet, sila terjun katil sekarang!. aku pun nak yang sweet jugak. hhehe.

10. semestinya faham dengan apa yang aku cakap. contoh :

'wak, mak saya ajak masak. nanti mesej lagi ye'

beberapa puluh minit lepas tu,

dia- ' wak! mane awk g ni? kua dgn jantan ke?'

ok jenis ni aku blacklist awal-awal. ko tak faham ke apa?

haha!


sendiri mau faham la ok?

kalau dapat yang berciri 10 di atas, aku akan sayang kau sepanjang hayat aku. <3 sayang sangat. dan kau akan sedar hakikat tu bila kau ada ciri-ciri tu.

Wednesday 27 July 2011

30. tiga puluh.

entri ni tak ada tajuk. bukan apa. tak ada title yang proper. It's about a friend yang cheat on his Gfs. yes. GFs. nampak tak 's' u? bermakna plural. yang juga bermakna, ada gf lebih dri satu. ok. tu je yang mamapu aku share hari ni. -peace-

misi aku mencari boyfie masih diterusan ye? heee.

Tuesday 26 July 2011

29. disturbia

disturbia ialah sejenis gangguan minda. hee.

yeke? ok ok. aku pun dilanda penyakit 'disturbia' ni. gangguan minda. huu.

Lame sangat la. ok da update pasal benda mengarut ni. sekarang ni aku dalam satu state yang penuh dengan tanda soal.

ataupun boleh dikatakan transition state. hehe! aku sedang tranform dari Cik Emma yang baik hati, sopan santun (*sopan ke?) kepada...

Cik Emma yang dulu. yang jahat+nakal. i like myself in that way.

nak aku jahat sangat kan? aku baik, ko buat taik. ok fine. ko tak cukup kenal aku lagi. ko tengok la. orang ni, kalau dia nak jadi baik jangan dihalang. kang dia berubah hati, baru ko menyesal. time tu baru ko tahu langit tinggi rendah!

ok la. nak out. nak buat rambut cause aku suka rambut aku sekarang. sangat suka. wangi~

Monday 25 July 2011

28. aku dah penat.

aku tak ada harapan lagi dah. aku malas nak berharap. macam dulu-dulu. ye. aku nak jadi macam dulu. aku penat dah. end up, aku macam ni jugak. thanks semua. tolong jangan biar aku jatuh hati or suka siapa-siapa lagi. sebab aku tak suka kecewa. aku tak suka sorang-sorang. aku tak suka sunyi. tapi aku lagi tak suka kecewa.


aku dah penat dengan kecewa. aku dah penat dengan tuduhan tu. malam ni, malam terakhir mata aku berair kerana kecewa.

27. Berakhir sudah.

It all make sense now. kenapa awak delete notification gambar yang saya tag.

kenapa awak selalu elak dari soalan tu.

awak, saya pernah janji dengan diri saya. sehari lepas dengar awak baca Yassin tu. saya janji yang, no matter what happened, saya nak awak jadi satu-satu nya kawan saya. yang tahu macam-macam supaya nanti, awak boleh beritahu pada orang andai sesuatu jadi pada saya. saya nak awak jadi kawan baik saya. kawan terbaik yang saya ada.

tapi hari ni saya sedar yang saya dah langgar janji tu. hari ni baru saya sedar lepas saya tolak *nama yang tak boleh disebut*. saya sedar yang saya mula suka awak. saya tahu. saya salah. saya tahu awak macam mana.

awak, malam ni malam terakhir saya mesej awak. thanks baca kan Yassin malam tu, thanks call saya tadi. for the first time sejak kita berhenti dari sekolah ( mrsm KT), saya dengar suara awak cakap biasa-biasa. yang baca Yassin tu pun saya dah tenang. dah suka. awak, maaf. awak tetap Putera. saya hargai semua yang awak buat tu. awak dah jadi kawan saya yang terbaik. terima kasih awak. maafkan saya. saya akan elak kan diri dari awak. ye. saya tahu yang awak takkan kesah. tak apa. tu lagi baik. lagi pun, saya tak layak untuk ada perasaan ni pada awak.

'lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.'

terima kasih Putera.

Berbahagialah.

saya tak akan sebut nama awak. even dalam mimpi.

Sunday 24 July 2011

26. i miss you.

nik sharil afiq mokhtar.

 i miss you. serious saya rindu awak. nobody boleh replace awak setakat ni. OMG! kenapa saya still cari gambar awak, cari mesej-mesej lama dalam HP lama tu. all. everything. awak. Fb awak mana?

ok sekian. aku nak nangis puas-puas. aku ni perempuan jugak kan? so, lumrah la. sakit hati,sedih= nangis.

25. yeke?

ni entri ke 25. yeke 25? lost count lah. ok. hari ni aku online tumpang laptop Cik Saffa ku sayang. ngEee~

aku stay rumah sewa dia malam ni. so, aku ada 2 cerita untuk di kongsi. nak tahu? ok.

1. cerita about Putera.

- last time Putera ada 2games. first game dia menang. Yeay~  Tahniah wak.
 Putera juga telah miscalled aku pada satu hari. tengah-tengah malam. ok, aku admit yang aku tak suka sangat. TAK SUKA bila orang ganggu tidur aku. tapi tak tahu la. aku ok je bila dia miscalled hari tu. in fact, aku stay-up sampai pukul 3. =.=' apa-apa pun, thanks Putera for making my life so beatifullll. and you make me missing you each time kita tak mesej. huuu~

ok. next!

2. cerita basi.

- ni cerita yang aku patut rahsia kan. so, aku patut update or tak? kena tanya dia dulu. kang kena marah lagi =.=' sabar ek?


=the end=

so, update untuk hari ni.

aku akan rehat dengan Cik Saffa sepuas-puas hati selaku seorang kakak kepada beliau. <3 you adeks..

Friday 22 July 2011

24. putera dah update status

ok. semalam dia cakap nak panggil aku Puteri. so, officially aku panggil dia Putera.

ok. tu cerita tengahari. :) malam nya, lebih kurang pukul 12. kami stat mesej-mesej.

dia balas macam nak tak nak je. huu~ aku pun malas la. merajok =.='

rupa-rupa nya dia dok drive moto tapi still nak mesej. -wey der! drive la dulu. kang jadi pape, naya-

HAHA! so syok la weh. di pendekkkan cerita, dia panggil aku AYANG pulak semalam. HAHA! dia jadi PAPA ~

ok-ok. aku kena out dah.

Papa, main futsal nanti elok-elok. jangan kalah cam game semalam lagi.  -peace-

Tuesday 19 July 2011

23. siapa putera ?

putera saya ialah orang yang jaga masa saya dalam trauma. 

insan yang tenang kan saya di malam hari dengan alunan yassin :)

ya. satu-satu nya cara ialah baca yassin kat telinga saya ni.

ye. ye. saya memang rockkk. tapi rock-rock pun, ingat tuhan weyh!

haha! hanya certain people je tahu siapa putera. and hanya putera saya je yang tahu dia siapa 

^____^ thanks putera. saya janji,

 ' apa pun yang terjadi, ku kan selalu ada untuk mu. jangan lah kau bersedih. cause everythings gonna be ok.' kan? 

thanks for the song.

Sunday 17 July 2011

22. salah saya.

ye.

salah saya kerana cepat menaruh harapan.
salah saya kerana cepat berharap.
salah saya lagi.
kerana cepat suka awak.
salah saya kerana anggap awak milik saya.
salah saya kerana sama kan awak dengan Ex saya.
salah saya kerana selalu mencari kesempurnaan.
salah saya jugak kerana terlalu taksub dengan takuk lama.

ye. memang salah saya.

maaf kan saya putera.

Friday 15 July 2011

21. dear diary

Rabu lepas aku di samun. ye. di SAMUN oleh 2 orang mat bangla. Netbook aku di rompak nyee.

sakit hati!

macam mana ia terjadi? hurm. jap nk lukis peta..

so. tadaaa. ni peta nya. hurm. macam ni..

masa tu aku OTW ke bus stand depan SK Padang Garong 1. aku ikut jalan ni sebab nak cepat. bus pukul 5.15 p.m. jam masa tu dah 5 pm. aku duduak depan taska kanak2 masa tu. aku nampak 1 moto yang di naiki 2 orang laki. tiba2 aku dengar moto tu press minyak. mengikut pengalaman aku, kalau nak u-turn, moto kena press minyak. kan?

so aku toleh la. aku nampak laki yang belakang tu turun dari moto and lari ke arah aku. aku pun, " what? aku ke?" aku lari and jerit 'tolong' sekuat-kuat nya. orang tu tarik collar jacket aku. aku rebah telentang. laptop, aku peluk kuat-kuat. laki tu tarik tangan aku. aku kuatkan lari pelukkan aku tu. dia tarik laptop aku pulak. still aku tak lepas. dia mula sepak2 aku. mula2 sepak rusuk aku. aku tak rasa apa-apa. yang aku tahu, aku jerti mintak tolong, aku guna segala ilmu taekwondo aku.

tak payah cakap la, sepak tang tu~ ke apa. laki tu kebal derr. aku dah sepak kuat2 dah. bertalu2 dia sepak aku. member dia yang atas moto tu tarik beg aku. dalam beg ada purse,ic,HP,duit. argh! dua2 aku nak selamat kan. masa aku dok tarik2, aku nampak MyVi and kancil lalu.

malam nanti aku sambung. FYI, tulang dada aku lari dari kedudukan asal. so, aku sekarang dah macam OKU. :'( sakit wehh!

Wednesday 13 July 2011

19. terima kasih kaun keladi

berblog lagi di pagi hari. :) 

mood = gumbira ~

kenapa ? sebab :

1. saya berjaya blok awak dan dia kat FB. muahaha! 

2. saya berjaya tak study untuk test kejapp lagi. 

so, yeay! 

Tuesday 12 July 2011

18. Menunggu mu

semalam awak mesej saya.

happy nye. walaupun saya tak sempat nak balas on time, and ber'mesej-mesej' panjang dengan awak, saya rasa dekat sangat dengan awak.

awak, just in case if awak terjumpa blog ni,
terbaca entri ni,
saya nak awak tahu yang saya tak pernah lupa kan awak.

walau sedetik. saya masih menunggu awak.

saya masih sayangkan awak.


aik? senget? HAHA!

serabai nya amOi ni. kan??

Monday 11 July 2011

17. senang girang untuk ubat

hey-hey. ye. seperti biasa. aku akan sangat rajin untuk edit + touch up blog bila hati sedih.

walaweyy~

hati aku ni macam dah tak ada rasa happy. macam tafsiran 'happy' tu dah karam dalam laut.

dushhhh~~

huuu. rindu. dah-dah. malas nak mengarut. out dulu. sakit perot ni. lapar~ good night.

Sunday 10 July 2011

tuju lagu boleh?

tuju lagu.

sila click ye? hee. song for you. :)

tak ingat nombor!

semalam saya tidur pukul 12.30. lepas tengok Die Hard kat  TV 2.


dalam pukul 3 kot, HP saya vibrate-vibrate. saya serabut, saya bukak mesej dalam mamai-mamai. 


from : ****
time : 3.01 a.m.


*content mesej tu saya terlupa*


. sekian.


errr~ 


betul ke awak mesej saya. ke saya mimpi? sebab pagi ni saya cari balik mesej tu. tapi tak jumpa. bukan apa , kadang-kadang saya ni gatal tangan nak delete balik mesej bila saya baca time mamai. hee 

Thursday 7 July 2011

14. oh shawl satin.

hai. hai. hurm. ni antara pilihan warna provided untuk korang. :) 

1 helai = RM 20. 

nak ? sila sms ye? no nya, 017-3008896 , emma :)




















Wednesday 6 July 2011

13. shawls yaw!

ok. aku perasan yang entri num 7 tak ada. kenapa ye? sebab~~~ aku delete! haha!


ok2. kawan-kawan.. 




 mulai esok ( maybe esok.) aku akan mula niaga shawls. yipieee! satin shawls dengan harga rm20 sehelai. kaler ada macam-macam. berminat? hubungi saya di talian  : 0173008896. haha!


ok. tamat.

Monday 4 July 2011

12. lonely!

hello. ni entry tengah hari.


sambil-sambil dengar lagu yang tengah kena jiwa ni. lagu akon-lonely. hurmm *mengeluh!


bosan nya macam ni. memory card HP rosak. Dia pulak tahu marah je. ok fine. malas nak mention about you lagi dah. yes saya merajuk. puas hati? saya touching dengan awak. faham?!


nak BRB balik. boleh? possible tak? ok. sangat impossible. argh! lonely! 


sila jatuh tangan kalau awak nak kat saya. wah! ramai nya. haha! gurau je. bosannnn!!


I missed you papa.




Gf baru lelaki di atas, sila jangan serang dia sebab entri ni tak ada kaitan hati pun dengan dia. saya just rindu dia. ok?


well, you hurt me. macam yang aku dah mention earlier. there's no space for mistake. faham la kan? 


lagi sekali, jom tegas kan main point kita. 

there's no space for mistake

Saturday 2 July 2011

11. hello Messi!

macam tajuk entri yang anda baca, saya sedang berCINTA. ya. berCINTA


tak payah betulkan cermin mata or besar kan mata or nak baca lagi sekali. ok?


nak cakap apa ek? well. cinta ni boleh datang dalam macam-macam bentuk dan cara. 


macam aku. cinta aku kali ni datang dari seorang jejaka yang sudah berpunya. oppss! jangan salah faham. dia tak kahwin lagi. cuma berpunya dari segi sudah punyai ikatan hati dengan seseorang. kejam kan saya ni? adui.


saya tak tahu nak cakap macam mana. saya cuma doa kan tuhan tarik balik cinta ni. saya tak nak jadi punca mereka berpisah. 


siapa lelaki itu? Biarlah rahsia. atau let just say, nama dia Messi. ok?

Thursday 30 June 2011

10. entri kecewa.

nampak tak tajuk entri tu? kecewa.

ok. aku tengah kecewa sekarang. *tarik nafas. hembus!*

ok. aku kecewa bukan sebab di kecewa kan oleh siapa-siapa. cuma kecewa dengan diri sendiri.

Apa ke bodoh la aku ni dok cari Ex aku tu lagi kan? dah EX tu EX la. Damn!

ok aku out dulu. nak draft entry si mata comel. :)

Tuesday 28 June 2011

9. Malam kenangan

apa nak cakap ek?
adeh =.= 
aku macam hilang punca jap. tak tahu mana nak mula. errrggghh! banyak entri yang aku just draft. 


and then aku meng-anak tirikan semua draft-draft tu. what??!! ye. saya abai kan dia. ok. malam ni aku jadi jujur dengan dia. bermakna nya aku  bercerita macam-macam pada dia. termasuk lah cerita Rhadio. lame??! what ever. ni cerita about aku kan? tak suka, shuh-shuh!


nampak gaya nya aku kena update semula cerita -jejaka mata comel- aku tu. adoiyai. malas pulak nak imbas kenangan. tapi tak pela. aku nak dia tahu semua yang jadi dalam hidup aku. semua and I mean SEMUA. ok?


ok. aku out dulu la ye? mengantuk gilaksss  dah. adious amigous. =,=