Tuesday 2 August 2011

35. cinta ni perlu ke tak?

title nak gempak je. HAHA! ok. hari ni aku nak bertanya dan meluah sedikit sebantak idea-idea kurang matang aku mengenai tajuk kita.

kalau sebut cinta, mesti orang akan kaitkan dengan couple. iaitu pasangan. perlu ke?

semua tu depend on pandangan masing-masing. kalau korang rasa tak perlu, maka tak perlu lah. mungkin korang tak nampak lagi keperluan untuk ada seorang teman. mungkin korang rasa cukup dengan ada nya kawan sekeliling. terserah la kan? tak kan la aku nak mintak korang senarai kan alasan korang pulak. tak rational la tindakkan aku nanti. ni kan subjektif.

bagi aku pulak, sejak putus tunang ni. aku memang nampak beza hidup bujang (tak ada teman a.k.a BF). memang aku sokong sesetengah pihak yang cakap kita perlu ada pasangan. bagi aku la, tak kan ko nak ngadu benda macam-macam pada kawan? contoh? ok. sebagai contoh, semalam tak dapat tidur sebab mimpi pelik. so, korang terjaga dari tidur yang super-takbest tu. korang nak ke mesej kawan? let say jam dah point pukul 3 pagi. percaya la cakap aku. tak semua kawan boleh tahan lame kalau macam tu sikap ko. paling tak pun, dia akan dengar je. ko nangis takut ke, ko tak sedap hati ke, dia just dengar je. tak bagi respon positif. setakat 'haa. owh. ye la tu.' tu je.

nak aku ulas lagi ? tak perlu kot. so, sekarang aku nak cakap kenapa aku sokong hidup berteman ni.
ok. mula-mula aku rasa sebab aku ni pernah hidup berteman untuk 1 tempoh yang agak lama (bagi aku 3tahun asyik berkepit,bermesej,pantang ada cuti nak jumpa tu lama ok?)

sebab kedua, ialah sebab aku tak pernah bujang solo tak berteman. haha! swear! aku akui dulu aku ni kaki laki. semua laki aku kawan. aku lepak sana sini dengan laki. tapi sejak aku jumpa Si Gemok aku tu, aku buang dah tabiat tu. aku ada dia sorang je. so, sekarang aku tak ada siapa-siapa (ayat nak sedih je kan?)

jadi, konklusi nya. aku jadi sunyi tak tentu hala. meroyan gile nak mampus. tak hengat dunia punye sial. (dah datang dah tabiat mencarut dia) HAHA! jangan marah aku ye?

soalannya sekarang, setelah meneliti entri ni apa anda dapat? huhu =.='

*kadang-kadang aku ni senggaaaal nak mampus. pergi 'like' and konon nye cairrr bile tengok orang yang iras-iras Si Gemok aku tu. Gosh! sah aku gileee. kan? err~ by the way, ada siapa-siapa yang single and available tak? ;p jom kenal. HAHA!



gambar tungggang terbalikkkk~