Wednesday 24 August 2011

45. aku punya suka lah!

hai. selamat malam. eh ada ke? salah salah. selamat petang. hee.

ok. sekarang aku tengah busy siap kan FYP ( final year project) subject ETR. Subjek pernigaan. subjek ni sangat-sangat tak kena dengan kos aku ambik kat U. grrrR~ *sape suggest benda alah ni dalam sillibus haaa??*

Jadi entry aku malam ni is about....~~~~...~~~~


Aku yang tengah bergelut dengan emosi. ada orang cop aku as orang yang ada masalah dengan emosi. Emosi tak stabil la, apa benda alah lain, macam-macam. aku nak tegas kan kat sini yang , even aku ada konfik dengan emosi aku ni, aku tak ganggu siapa-siapa pun. aku beremosi sorang-sorang depan PC. status kat FB pun, aku tak paksa siapa-siapa like or comment. nak remove aku as friend pun boleh. aku tak kesah lah. aku ada FB bukan nak bertanding siapa ramai kawan. =.=''

kenapa aku berperang dengan emosi? ok. ni sebab nya, aku mula-mula koya moved on. tak heran sikit pun. tapi hakekat nya, aku heran. yes aku sangat heran. pernah jugak aku koya nak cari lain. nak tu, nak ni. tapi yang tu jugak aku cari last-last. sekarang sejak kuning cair *kod name orang yang sebijik dengan Si gemok aku* mula muncul, asyik tegur. (*aku tak koya kan?) aku jadi tak keruan jap. jap je ok? masa tu je. even sekarang, ada dua tiga ketul makhluk yang nak rapat dengan aku. aku k je. nak kawan kawan boleh. tapi kalau dah:


L : awak, saya mula suka kat awak lah. jom couple.
aku : habes GF awak? nak letak mana? 
L : saya tak heppy dengan dia sekarang ni. tapi dengan awak, saya heppy. saya jatuh cinta dengan awak.
aku : fikir masak-masak la dulu ok?
L : apa kurang nya saya dari Ex awak tu? awak tak boleh terima saya ke? kenapa?
aku *dalam hati* : kalau sekarang ko boleh curang. nanti-nanti pun ko akan curang jugak. GF tu ko akan tinggal sebab aku. habes, nanti ko tinggal aku sebab perempuan lain. please la. hidup ada karma.





 *ayat aku kurang ajar ke? maaf*  =.='' siapa makan cili, rasa pedas.

jadi,kawan-kawan. ayoh la kita berdoa semoga aku jadi kebal. =)

Tuesday 23 August 2011

44. moved on

hey hey. greeting. morning guys. sekarang jam aku tunjuk 8.25 am. kelas aku pukul 10 jap lagi. test BIO 320 and CHM 350. HEHHE! aku, macam biasa. tak akan study pulon macam orang lain sebab aku memang jenis tak study. HUHHU!

kenapa dengan tajuk entry tu ek?

ekceli. aku nak move on dah lama dah. tapi tak boleh. maybe aku tak boleh push sangat kot. biar masa yang tentu kan. EHEHEE!

semalam, 22 ogos. kolej ada buat jamuan bukak puasa besar-besaran. wajib pakai baju kurung. aku tak ada baju kurung. aku dari rumah. malam tu aku tumpang rumah Saffa. so, aku tak bawak bekal baju kurung la jawap nyee. maka, Saffa and roomate nya bertungkus lumus cari kan aku baju kurung. guess what colour. PINK! ye pink. nice sangat. sekali aku sarong baju tu, siap dengan tudung segala. tiba-tiba Saffa berkata

' ema.. ang nampak lain. nampak ayu gila. serious lain.'

aku pun kembang ;p HAHA! tapi aku tak tahu kenapa dia cakap macam tu.

masa kat dewan jubli perak terjadi la adegan-adegan menarek kat situ.

ingat tak kat kolej aku ada orang yang sama muka sebijik dengan Si Gemok aku tu?
(aku pernah cakap kan?)

so, eventually masa orang dok ceramah bagai. aku dan Coin ( budak rumah Saffa) keluar,nak lepak tepi padang. dan ber-foto-soot. masa aku dok jalan menuju tempat kejadian iaitu tepi padang, orang yang sama muka sebijik dengan Si Gemok aku tu tengok aku berkali-kali. lepas toleh, toleh, then tolen lagi.

in my small mind : apa hal la dia ni. sebelum ni tengok aku macam nak makan. ni muka tak percaya+terkejut pulak.

aku ignore jap issue pasal dia and focus on foto-soot dengan Coin. lepas setengah jam lebih bergambar, aku terbau sesuatu yang nyaman (time puasa, bau nyaman mesti la makanan)

aku ajak COin masuk dewan balik. secara aku-tak-tahu-sengaja-ke-tak, orang tu duduk dekat dengan tempat aku duduk. ngadap aku. (aku perasan ke? HAHA!) and yes. dia tenung aku (tengok lama-lama tak berkelip tu tenung la kan?)

aku? malu.

aku dok sembang dengan kawan-kawan lain, usik-usik apa semua. tengokk-tengok orang dah start kerumun tempat ambik makan. aku pun join the group la. tempat yang aku pergi nak ambik makan tu, dia ada. dia kat belakang. antara dia dengan makanan sekarang ni. status aku masa tu, perot lapar mata nak tengok kat dia. ye lah nak tahu kenapa tengok aku dengan pandangan macam tu tadi. tapi perot menguasai minda. makanan lagi penting. ;p

selesai ambik makanan, aku duduk kat tempat tadi. atas tikar,depan kipas dengan kawan ramai-ramai dengan makanan yang super-banyak.

aku tak tahu macam mana mata aku ternampak dia lagi. and yes dia usha aku lagi. geram betol aku! maka aku mula kan tabiat lama aku yang aku berhenti buat masa form 4. sekarang aku buat balik. nak tahu apa? haaaaa. aku tenung dia balik. lawan mata. (tapi dari mata turun ke hati kan? ;p ) dia kalah. dia toleh lain. aku tengok lagi. tak puas hati beb. dia tunduk diam je. yesssss! padan muka kau!

dengar je orang azan, semua bizi melahap. dewan senyap. aku terdengar suara sipi-sipi je.

' makan kenyang-kenyang ye. malam ni futsal tau.'

aku angkat kepala. ok. memang dia yang bercakap sebegitu. motif? entah. sorry der. wa lapar. adios. entah masa mana dia blah entah. bagus. selesa sikit hidup aku nak gerak bila tak ada mata dok tenung aku. haha.

korang nak kata aku perasan la ni? ok. kata la. huhu. aku out dulu. tata.


p/s : nak tengok baju pink yang aku pakai pegi majlis buka puasa tu? tengok kat FB aku. cari Gdaes Ybb or Si Gades. ok? ^______^


Sunday 21 August 2011

43. ada style la!

seiring dengan era yang serba nak cantik, cun, cepat dan ceria ni. negara kita, Malaysia telah dilanda demam Korea. demam ke? ok maybe tak. HEHE! aku pun kena demam tu jugak. aku suka tengok rambut budak-budak korea ni. muka licin. cute gilee dengan mata besar, mulut kecik, hidung kecik, aaaaa! comel. laki pempuan, sama je. adorable sangat. dah tengok dream high? b.o.f? marry me mery? personal taste? guminho? adehh =.=

nanti tengok ye? best!

apa-apa pun, jom cuci mata sat..~~


Go Hye Mi

Jin Guk and Hye Mi

Jin Guk and Hye Mi


jason and pilsuk.

jason



Wednesday 17 August 2011

42. aku curious la.

huhu. eh apa ni. mula kena greeting dulu la. Salam korang. ok haa. sekarang baru boleh nak 'huhu'. nak tahu  kenapa aku curious? sebab entry aku sangat pelik la. sebab? motif? betol ke apa yang aku fikir ni. blog aku yang aku rahsia kan dari semua orang dah di jumpai oleh dia. Si gemok aku. adakah ini juga bermakna, dia dah jumpa blog ni? =.= konfiusssss. ok. aku tengah WC (web cam) dengan Si Gemok lagi ni. OMG. I miss You so much la gemok. jom kapel balik nak? ;p ( kuat nya aku berangan)

Tuesday 16 August 2011

41. aku suka mereka. anda?

pagi ni aku nak cakap about retiss-retiss yang di gemari. ( penyanyi)

aku tak kenal sangat pelakon sebab jarang tengok TV. HAHA! sounds silly tapi true.
and aku jugak jarang dengar lagu melay-wood, melayu-melayu.nak kata aku berlagak ke? kata la. tapi aku ada sebab. sebab nya ialah korang perasan tak penyanyi melayu ni, asyik nyanyi lagu yang lebeh kurang. putus cinta,putus cinta. rentak pulak tak kena dengan tema lagu. aku tahu bukan senang nak buat lagu. tapi please la.

ok now aku nak bagi tahu kenapa aku suka lagu barat more. sebab mereka buat lagu multi theme. macam-macam lagu ada. aku nak senaraikan pun tak mampu. kang lebam jari ak ni. HAHA!

aku mostly suka lagu yang rancak sebab boleh buat juget juget. paling tak pun boleh buat jerit-jerit.

thanks to Rihanna, Christina Aguilera, Britney Spears, Maroon 5, Glee (masuk bilangan jugak.), lil wayne, Justin bieber, Criss Brown, Rascal flatt, matchbox 20, keane, and many more. :) mostly aku suka lagu lama. evergreen.

readers sekalian, anda macam mana? lagu apa yang korang suka? :)

Monday 8 August 2011

40. terima kaseh

hai. walaupun follower blog aku cuma 8. ye 8 orang je. tapi readeers dah ratus. thanks ye. :)

Sunday 7 August 2011

39. Dulu BF sekarang abang.

mulaa-mula aku nak introduce kan insan ni. tadaa~



ok. nama dia GG. or Zizi. nama penuh dia, Mohd Amirul Azizi Ibrahim.
dia di lahir kan pada 15 januari 1989.
nak num. ic dia sekali ke? hahaha
dia orang pure Terengganu.

so, macam mana kami boleh kenal?

err~ kami di takdir kan untuk jumpa di MRSM Kuala Terengganu pada tahun 2006.
hubungan antara kami pada mula nya bukan la macam sekarang - abang adik.
dulu kami sepasang. hehe! *tua punya badan jangan marah ye? ;p

kami berpisah, putus, break off, break up, it's over! haha. awal-awal putus dulu memang aku niat tak nak ada pape lagi dah dengan dia. kecik hati punye pasal. aku tak nak contact langsung. tapi entah macam mana sampai sekarang, aku still berhubung dengan dia. mak dia mak aku jugak. kami keluarga. ^^,

thanks to Zizi jugak la, aku banyak berubah. dari almost 50kg hingga 38kg. ahaha. ye. swear. dulu dia tinggal aku, aku ingat sebab aku gemok dia tak nak.(*yela masa tu ak budak lagi. mana boleh fikir sangat) dulu aku comot sangat. serabai. tapi sekarang aku rasa better sikit dah. aku dah pandai make-up, dress up macam perempuan. dah teenage dah. bukan budak lagi. di sebab kan dia la aku ni memilih sangat bab-bab Boyfie ni.

nak aku upload pic masa kami sepasang dulu? boleh. tapi tunggu la ye? kena mintak izin dia dulu.

so, entri ni khas buat abang kesayangan aku, ZIZi. thank you so much for being by my sides all these time.

masa Ema pergi UiTM hari tu, Zizi spent time dengan Ema and Soiq (*adik baby aku) sampai petang. Zizi dokong Si Soiq yang super-duper berat. Thanks.

Masa Ema putus dengan Afiq, Zizi jadi teman Ema. tempat Ema ngadu. Thanks. Ema tahu Zizi pun kadang-kadang Bizi. tapi Zizi selalu ada masa untuk Ema.


apa yang paling aku ingat about abang aku yang sorang ni ialah 77 & 5131. dia punya otak geliga seyh! tahu kenapa? huruf a b c kan ada 26. so, huruf apa yang ke-7? yang ke-5? yang ke-13? yang pertama? so, sebab tu la. and, "kan sebab mata Ema yang besar tu jugak la buat Zizi jatuh hati kat Ema."

thank Mohd. Amirul Azizi Ibrahim. nanti kirim salam kat Mak ye? ;)

aku juga turut selit kan beberapa keping gambar abang aku ni, yang berjaya aku curi dari FB beliau. jom cuci mata.





Thursday 4 August 2011

37. you make me smile

hari ni aku sangat busy. kelas pukul 8, test pukul 9 ( aku tak study pun. terlupee ada test.),kelas lagi dan lagi up till now. ni baru rest. yang juga bermakna aku baru dapat atas talian ( online ) just now aku bukak FB aku. checked inbox. tadaaa~ you make me smile. ada statement dari someone yang buat aku smile. he's my ex. or I'm his ex? entah. mana-mana pun bole. hee. kami still contact, berkawan, in fact, dia dah jadi family aku pun. a part of my life. mak dia, mak aku jugak. dia abang aku~ weeeiiiyyy~~ (mood=heppy)

so, aku terlupe yang sebenar nya aku down. nak marah kat kawan aku yang sekor ni. huu~ sebab nak marah? biar lah rahsia. ye? tapi nak marah sangat.

dalam pada aku nak marah-marah ni, aku dengar lagu. lagu you make me smile sebab teringat kat Abang aku tu. he always make me smile. I adore him so much. thanks for reading my blogs too 77.

(*77 ialah nama dia. aku tak mintak izin untuk sebut nama dia. so, tak ley sebut. kang dia marah. isu sensitip tu)


owh lagi satu benda. pernah tak aku mention yang kat kolej aku ni ada sorang budak ni muka sangat iras dengan Si Gemok aku? ok. aku belum mention lagi kan? so, a'a. ada. sebijik sebijan. sama! beza dia dan Si Gemok ialah :

1. Gemok aku tak smoking. dia smoking.
2. Gemok aku naik CRV and Atos. dia Kelisa and MyVi.
3. Gemok aku tak kuat bersukan. dia atlet bola sepak kolej.
4. Gemok aku body biasa-biasa je. dia tafff~

ulalalala~~

tu je beza mereka. tadi aku serempak dengan dia. banyak kali ekceli. tapi tak pe. tak ada efek pun. haha!
ok. itu sahaja entri pada tengahari yang panas gilee ni.

so, tu saja entri pada tengah hari yang panas gilee di KB ni. thanks for reading folks~ jumpe di entri lain pulak ye?

Wednesday 3 August 2011

36. abang saya suka mata saya.

hehe! selamat pagi. ni entri sebelum pergi kelas. jam 8.26 a.m. sepatut nya, aku dah berdiri teguh depan cermin,make-up segala, dok lilit shawl. tapi hari ni macam tak ada mood pulak. =.=' mood lari ke laut.

ok jap. merujuk kepada tajuk kita pada hari ni, meh aku upload satu gambar.

nampak tak amirul luiz comment apa? haha. dia abang aku.
so, dalam gambar tu mata aku besar. ok. yela. secara live pun, memang mata aku besar. HAHA!. and ada orang suka. aku maseh ada 6minit untuk merapu. cause aku kena iron kain kurung aku ni. kedut sangat dah. lepas subuh tadi iron,pakai,tidur guling-guling. maka kain aku kedut sejuta. bosan weyh! ok tak pe. nanti gap, aku nak update blog rahsia aku. muahahaha. nak jejalan blog aku yang tu/ boleh. tunggu la. ye? aku gerak dulu.


btw, mana Nobita and the geng ek? tak nampak pun kat kolej. huhu~ bila aku tengok Nobita and the geng aku senyum sorng-sorang. tak tahu kenapa. Nobie Nobie. HAHA!

Tuesday 2 August 2011

35. cinta ni perlu ke tak?

title nak gempak je. HAHA! ok. hari ni aku nak bertanya dan meluah sedikit sebantak idea-idea kurang matang aku mengenai tajuk kita.

kalau sebut cinta, mesti orang akan kaitkan dengan couple. iaitu pasangan. perlu ke?

semua tu depend on pandangan masing-masing. kalau korang rasa tak perlu, maka tak perlu lah. mungkin korang tak nampak lagi keperluan untuk ada seorang teman. mungkin korang rasa cukup dengan ada nya kawan sekeliling. terserah la kan? tak kan la aku nak mintak korang senarai kan alasan korang pulak. tak rational la tindakkan aku nanti. ni kan subjektif.

bagi aku pulak, sejak putus tunang ni. aku memang nampak beza hidup bujang (tak ada teman a.k.a BF). memang aku sokong sesetengah pihak yang cakap kita perlu ada pasangan. bagi aku la, tak kan ko nak ngadu benda macam-macam pada kawan? contoh? ok. sebagai contoh, semalam tak dapat tidur sebab mimpi pelik. so, korang terjaga dari tidur yang super-takbest tu. korang nak ke mesej kawan? let say jam dah point pukul 3 pagi. percaya la cakap aku. tak semua kawan boleh tahan lame kalau macam tu sikap ko. paling tak pun, dia akan dengar je. ko nangis takut ke, ko tak sedap hati ke, dia just dengar je. tak bagi respon positif. setakat 'haa. owh. ye la tu.' tu je.

nak aku ulas lagi ? tak perlu kot. so, sekarang aku nak cakap kenapa aku sokong hidup berteman ni.
ok. mula-mula aku rasa sebab aku ni pernah hidup berteman untuk 1 tempoh yang agak lama (bagi aku 3tahun asyik berkepit,bermesej,pantang ada cuti nak jumpa tu lama ok?)

sebab kedua, ialah sebab aku tak pernah bujang solo tak berteman. haha! swear! aku akui dulu aku ni kaki laki. semua laki aku kawan. aku lepak sana sini dengan laki. tapi sejak aku jumpa Si Gemok aku tu, aku buang dah tabiat tu. aku ada dia sorang je. so, sekarang aku tak ada siapa-siapa (ayat nak sedih je kan?)

jadi, konklusi nya. aku jadi sunyi tak tentu hala. meroyan gile nak mampus. tak hengat dunia punye sial. (dah datang dah tabiat mencarut dia) HAHA! jangan marah aku ye?

soalannya sekarang, setelah meneliti entri ni apa anda dapat? huhu =.='

*kadang-kadang aku ni senggaaaal nak mampus. pergi 'like' and konon nye cairrr bile tengok orang yang iras-iras Si Gemok aku tu. Gosh! sah aku gileee. kan? err~ by the way, ada siapa-siapa yang single and available tak? ;p jom kenal. HAHA!



gambar tungggang terbalikkkk~

Monday 1 August 2011

34. rindu betendang lagi =,=

hai.hai hari ni cuma nak cakap yang tiba-tiba aku rindu ex aku pulak. teringat jaman bersama dulu. yela. kami couple jarak jauh. Kl and Kb tu sangat jauh ok? sekarang cik saffa pun sedang merasa.

kalau dulu, aku lapar, ngidam nak Mc D ke KFC ke, maka si gemok aku tu akan bank-in kan duit supaya aku dapat makan. kira macam belanja la tu. kan? kami makan sama-sama depan WC (web cam). aku teringat satu benda ni. aku berkenan sangat dengan seluar applemint wane hitam. kat Parkson tu ada 2helai je. and saiz aku (25) ada 1 je. so, aku sangat mengade dengan dia. asek cakap je pasal seluar ru. then, satu hari tu dia cakap

'yang,cube cek cimb. papa rasa duit ayang terbanyak la.'

maka aku cek la. ok. memang ada duit yang tak tahu dari mana.

'dah tengok dah? papa rasa ayang dah boleh beli seluar tu kot.dah pegi beli cepat. kang habis.'

terharu aku. haha! maka aku ajak la kawan baik aku mase tu (cik jaja) untuk beli seluar tu.

so, kami memang happy dengan cara ni. full of suprise. even jauh sangat with each other.

ok. now aku teringat pulak peristiwa aku di tipu oleh si gemok.

mula-mula dia cakap dia nak balik KB. aku happy gilee. dah 2bulan tak jumpe, tak date. asek WC je. rindu la jugak kan? dua hari dari tarikh yang dia sepatut nya balik KB dia cakap ada emergency. tak dapat balik. aku sedih gileeee! aku dah beli hadiah nak bagi dia. sedihhh~ malam tu, kazen dia, Kak Mily ajak aku keluar. ok. kazen dia memang sangat baik dengan aku. rapat gilee. aku pun keluar jela. tak suspek apa-apa. make-up tak, lawa-lawa pun tak. memang buruk habis.

ok ni part aku tak leh lupe. bila aku naik MyVi Kak Mily, aku terbau perfume si gemok. ok. aku pelik tapi malas nak layan sebab maybe aku terlalu rindu. zzzzz~*hp vibrate.

'hello,pa'

'haa. ayang kat mana? dah keluar dengan Kak Mily dah ke?'

'a'a. Pa.. rindu.. nape tak jadi balik. lau balik, boleh date taw. ayang rindu papa.'

'sorry la syg. papa ada keje. hurm ayg~~*suara gedik dia yang aku sangat suka.* cbe tengok belakang.'

maka aku jerit kuat-kuat.

PAPA!!!!


dia menyorok kat belakang! betuah punye budak! eeee.


macam tu la hidup aku dengan dia selama 3tahun. rindu seyh!

fyi : aku suka sangat panggil Boyfie aku dengan nama Papa. sweet!



lagu tema hari ni. i miss you papa