Tuesday 23 August 2011

44. moved on

hey hey. greeting. morning guys. sekarang jam aku tunjuk 8.25 am. kelas aku pukul 10 jap lagi. test BIO 320 and CHM 350. HEHHE! aku, macam biasa. tak akan study pulon macam orang lain sebab aku memang jenis tak study. HUHHU!

kenapa dengan tajuk entry tu ek?

ekceli. aku nak move on dah lama dah. tapi tak boleh. maybe aku tak boleh push sangat kot. biar masa yang tentu kan. EHEHEE!

semalam, 22 ogos. kolej ada buat jamuan bukak puasa besar-besaran. wajib pakai baju kurung. aku tak ada baju kurung. aku dari rumah. malam tu aku tumpang rumah Saffa. so, aku tak bawak bekal baju kurung la jawap nyee. maka, Saffa and roomate nya bertungkus lumus cari kan aku baju kurung. guess what colour. PINK! ye pink. nice sangat. sekali aku sarong baju tu, siap dengan tudung segala. tiba-tiba Saffa berkata

' ema.. ang nampak lain. nampak ayu gila. serious lain.'

aku pun kembang ;p HAHA! tapi aku tak tahu kenapa dia cakap macam tu.

masa kat dewan jubli perak terjadi la adegan-adegan menarek kat situ.

ingat tak kat kolej aku ada orang yang sama muka sebijik dengan Si Gemok aku tu?
(aku pernah cakap kan?)

so, eventually masa orang dok ceramah bagai. aku dan Coin ( budak rumah Saffa) keluar,nak lepak tepi padang. dan ber-foto-soot. masa aku dok jalan menuju tempat kejadian iaitu tepi padang, orang yang sama muka sebijik dengan Si Gemok aku tu tengok aku berkali-kali. lepas toleh, toleh, then tolen lagi.

in my small mind : apa hal la dia ni. sebelum ni tengok aku macam nak makan. ni muka tak percaya+terkejut pulak.

aku ignore jap issue pasal dia and focus on foto-soot dengan Coin. lepas setengah jam lebih bergambar, aku terbau sesuatu yang nyaman (time puasa, bau nyaman mesti la makanan)

aku ajak COin masuk dewan balik. secara aku-tak-tahu-sengaja-ke-tak, orang tu duduk dekat dengan tempat aku duduk. ngadap aku. (aku perasan ke? HAHA!) and yes. dia tenung aku (tengok lama-lama tak berkelip tu tenung la kan?)

aku? malu.

aku dok sembang dengan kawan-kawan lain, usik-usik apa semua. tengokk-tengok orang dah start kerumun tempat ambik makan. aku pun join the group la. tempat yang aku pergi nak ambik makan tu, dia ada. dia kat belakang. antara dia dengan makanan sekarang ni. status aku masa tu, perot lapar mata nak tengok kat dia. ye lah nak tahu kenapa tengok aku dengan pandangan macam tu tadi. tapi perot menguasai minda. makanan lagi penting. ;p

selesai ambik makanan, aku duduk kat tempat tadi. atas tikar,depan kipas dengan kawan ramai-ramai dengan makanan yang super-banyak.

aku tak tahu macam mana mata aku ternampak dia lagi. and yes dia usha aku lagi. geram betol aku! maka aku mula kan tabiat lama aku yang aku berhenti buat masa form 4. sekarang aku buat balik. nak tahu apa? haaaaa. aku tenung dia balik. lawan mata. (tapi dari mata turun ke hati kan? ;p ) dia kalah. dia toleh lain. aku tengok lagi. tak puas hati beb. dia tunduk diam je. yesssss! padan muka kau!

dengar je orang azan, semua bizi melahap. dewan senyap. aku terdengar suara sipi-sipi je.

' makan kenyang-kenyang ye. malam ni futsal tau.'

aku angkat kepala. ok. memang dia yang bercakap sebegitu. motif? entah. sorry der. wa lapar. adios. entah masa mana dia blah entah. bagus. selesa sikit hidup aku nak gerak bila tak ada mata dok tenung aku. haha.

korang nak kata aku perasan la ni? ok. kata la. huhu. aku out dulu. tata.


p/s : nak tengok baju pink yang aku pakai pegi majlis buka puasa tu? tengok kat FB aku. cari Gdaes Ybb or Si Gades. ok? ^______^