Friday 7 October 2011

58. yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.



hai. selamat malam.


cewah, title entri kali ni versi pantun 'tak sempat nak kerat'.



kenapa dengan entri and tajuk ni? kenapa ye~~


macam ni cerita nya, aku ada kawan.


Baby nama nya. Nama sebenar kenalah aku rahsia kan. privacy.

well, Baby ni dia dah ada pakwe. korang tahu kan pakwe tu apa? ok terima kasih. tak perlu lah aku nak explain what is pakwe.

so, pakwe Baby ni jauh. Jauh jarak. bercinta, tapi jarang dapat jumpa. al-maklum lah. pakwe Baby duduk KL. study kat satu pusat pengajian tinggi kat Bangi.


pakwe baby ni sayang sangat kat baby. apa baby nak, pakwe dia bagi. nak keluar dengan kawan sampai lewat malam pun pakwe baby bagi. pendek kata semua lah pakwe dia bagi.


Ditakdirkan tuhan, satu hari pakwe baby ni rasa tak sedap hati dengan perangai Baby. Si pakwe ni, stalk Baby. *dia pasang spy* and kantoi lah yang Baby ni CURANG. yes. Baby salah guna kebebesan yang pakwe dia bagi dengan buat orang lain sayang dia. Kriss betul betul mula suka kan Baby. Kriss suruh baby tinggal kan pakwe baby tu. and sejak dari tu, baby mula rasa kurang senang. Kriss hanya 'lembut gigi' diawal perkenalan.


well, if kita lah kan. bila ada orang yang sayang kita, care pasal kita, kita sikit sebanyak akan rasa dihargaikan? walaupun kita always ingat kan diri sendiri yang kita dah ada buah hati. tapi kerana kita jarang jumpa, tak dapat makan malam bersama, shopping bersama,keluar dalam hujan bersama. And kita dapat buat semua tu dengan orang lain, kita akan rasa seronok kan? macam tu la baby rasa. just seronok.


pakwe baby tinggal kan baby. pakwe baby dah tak nak bercinta dengan siapa siapa lagi dah. segala cinta dia dah curahkan pada baby. tapi baby kecewakan dia. 'I'm sorry.' is not good enough. hati si pakwe terluka sangat.

baby try pujuk pakwe dia. baby sedar yang dia messed up. dia menyesal. tapi pepatah ada mengatakan,'sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tak berguna.' lagi lagi bila Baby mula sedar yang tak ada seorang pun mampu mencintai dia sehebat pakwe dia. setahun baby try tunjuk pada pakwe dia yang dia dah menyesal. dia nak betulkan salah dia tu.


tapi end up, pakwe Baby moved on. tukar number, elak calls and messages dari Baby. Baby? still regret dengan apa yang dia dah buat. dia try jugak untuk moved on, tapi hati baby mati. terkubur bersama 1penyesalan.


p/s : kawan kawan, jangan kejar sesuatu yang lebih andainya apa yang kita dah ada sudah mencukupi. takut melepas nanti. dua dua tak dapat. rugi.