Thursday 28 July 2011

31. lelaki idaman

aku ni suka sangat google nama dia. nak try jugak? jom. try google, NIK SHARIL AFIQ MOKHTAR.

tekan image.. jumpe tak? hakhakhak. ! aku sukaaa.

tapi tak apa. tak ada efek dah. memang aku rindu dia. tempat dia dalam hati aku ni memang tak akan ada ornag mampu ganti.

tapi right now, hati aku tawar. malas nak bercinta. semua tak ada ciri-ciri yang aku nak. ok ok. aku bukan budget hot or perfect sangat nak memilih-milh ni. just kalau boleh nak macam tu.

1. kulit cerah. tak cerah macam orang puteh pun tak pe. pan-asia dah cukup.

2. tinggi dia lebih dari aku. aku 150 (*senang nye la kan?) tapi tak lebih dari 170. haaa~ susah tu.

3. pandai ambik hati aku dengan tak buat apa yang aku tak suka. sebab aku akan cakap awal-awal apa aku tak suka,apa aku suka.

4. pandai nyanyi. baru boleh sing along time gayut. tak de la bosan. kan? paling tak pun, always bermodal untuk sembang dengan aku. kang aku diam, dia diam. kredit, bazir gitu je.

5. tahu bergaya. yang bermaksud, nak g pantai pakai tuxedo. gila! haha. so,faham la kan?

6. tahu masak. aku suka makan. so, kena la pandai masak. aku pun pandai masak. ok ok. paling kurang pun, tahu makanan apa yang sesuai untuk dimakan. contoh, keluar date time lunch, ajak aku makan burger je. like-lame! nasi la weyh! lapa ni..

7. tahu beza kan muka aku marah, muka aku nak manje-manje. secara ringkas, tahu tengok riak muka. kang aku dok tahan nak marah, ko tambah lagi. memang nak kena terajang kat aku!

8. jenis yang ada HP. apa kah? ok. gini. ada setengah orang tu bila kita text, 12jam lepas tu baru balas. tu jenis yang tak ada hp or jenis hp campak laut. aku tak suka. tengah-tengah mesej tiba-tiba diam. nak mati kena ceramah kat aku, try la..

9. sapa tak nak Boyfie yang sweet, sila terjun katil sekarang!. aku pun nak yang sweet jugak. hhehe.

10. semestinya faham dengan apa yang aku cakap. contoh :

'wak, mak saya ajak masak. nanti mesej lagi ye'

beberapa puluh minit lepas tu,

dia- ' wak! mane awk g ni? kua dgn jantan ke?'

ok jenis ni aku blacklist awal-awal. ko tak faham ke apa?

haha!


sendiri mau faham la ok?

kalau dapat yang berciri 10 di atas, aku akan sayang kau sepanjang hayat aku. <3 sayang sangat. dan kau akan sedar hakikat tu bila kau ada ciri-ciri tu.