hai. hello. selamat petang. =) happy depavali. ok ok. hari ni aku spent ti,e wasting time kat rumah je. so, sempat la nak update entry and edit blog. well, aku nak edit blog sebenar nya. tapi before that, aku nak tayang 1 gambar.
tadaaa~~
korang mesti pelik kan? apa hal lah minah ni tayang gambar bekas and plastik parkson ni pulak. apa kah??
Ekceli, bekas ni dibeli di parkson The Mall near PWTC. kenapa aku beli bekas ni?
macam ni cerita nya, one day, aku nak makan rendang yang dijual tepi escalator The Mall. then benda alah tu dipek dalam plastik je. sekali dengan lemang for sure. then Si Gemok aku tanya how are we suppose to eat?
then mata aku terpandang bekas tapeware ni. so, kami beli and makan rendang yang sedap sangaaat tu. together with my Gemok friend, Edzaffy. =
that's all for to day. like always. I love my Gemok so much. thank you for reading.
cewah, title entri kali ni versi pantun 'tak sempat nak kerat'.
kenapa dengan entri and tajuk ni? kenapa ye~~
macam ni cerita nya, aku ada kawan.
Baby nama nya. Nama sebenar kenalah aku rahsia kan. privacy.
well, Baby ni dia dah ada pakwe. korang tahu kan pakwe tu apa? ok terima kasih. tak perlu lah aku nak explain what is pakwe.
so, pakwe Baby ni jauh. Jauh jarak. bercinta, tapi jarang dapat jumpa. al-maklum lah. pakwe Baby duduk KL. study kat satu pusat pengajian tinggi kat Bangi.
pakwe baby ni sayang sangat kat baby. apa baby nak, pakwe dia bagi. nak keluar dengan kawan sampai lewat malam pun pakwe baby bagi. pendek kata semua lah pakwe dia bagi.
Ditakdirkan tuhan, satu hari pakwe baby ni rasa tak sedap hati dengan perangai Baby. Si pakwe ni, stalk Baby. *dia pasang spy* and kantoi lah yang Baby ni CURANG. yes. Baby salah guna kebebesan yang pakwe dia bagi dengan buat orang lain sayang dia. Kriss betul betul mula suka kan Baby. Kriss suruh baby tinggal kan pakwe baby tu. and sejak dari tu, baby mula rasa kurang senang. Kriss hanya 'lembut gigi' diawal perkenalan.
well, if kita lah kan. bila ada orang yang sayang kita, care pasal kita, kita sikit sebanyak akan rasa dihargaikan? walaupun kita always ingat kan diri sendiri yang kita dah ada buah hati. tapi kerana kita jarang jumpa, tak dapat makan malam bersama, shopping bersama,keluar dalam hujan bersama. And kita dapat buat semua tu dengan orang lain, kita akan rasa seronok kan? macam tu la baby rasa. just seronok.
pakwe baby tinggal kan baby. pakwe baby dah tak nak bercinta dengan siapa siapa lagi dah. segala cinta dia dah curahkan pada baby. tapi baby kecewakan dia. 'I'm sorry.' is not good enough. hati si pakwe terluka sangat.
baby try pujuk pakwe dia. baby sedar yang dia messed up. dia menyesal. tapi pepatah ada mengatakan,'sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tak berguna.' lagi lagi bila Baby mula sedar yang tak ada seorang pun mampu mencintai dia sehebat pakwe dia. setahun baby try tunjuk pada pakwe dia yang dia dah menyesal. dia nak betulkan salah dia tu.
tapi end up, pakwe Baby moved on. tukar number, elak calls and messages dari Baby. Baby? still regret dengan apa yang dia dah buat. dia try jugak untuk moved on, tapi hati baby mati. terkubur bersama 1penyesalan.
p/s : kawan kawan, jangan kejar sesuatu yang lebih andainya apa yang kita dah ada sudah mencukupi. takut melepas nanti. dua dua tak dapat. rugi.
hai. hari ni aku stay back kat rumah Saffa. aku fikir aku akan happy hari ni. tapi salah.
banyak salah aku buat hari ni.
1. semalam, sekitar jam 12.00+ a.m, aku mesej dengan Gemok. then aku ter'emotional' lebih. end up sekarang dia refuse to answer my phone calls, my text messages. serious menyesal dowh!
2. aku pakai baju kurung besar hari ni. and it make me look so fatt!
3. aku beli barang sampai sekelip mata je dah habis duit. sh*t!
hai. selamat malam. eh ada ke? salah salah. selamat petang. hee.
ok. sekarang aku tengah busy siap kan FYP ( final year project) subject ETR. Subjek pernigaan. subjek ni sangat-sangat tak kena dengan kos aku ambik kat U. grrrR~ *sape suggest benda alah ni dalam sillibus haaa??*
Jadi entry aku malam ni is about....~~~~...~~~~
Aku yang tengah bergelut dengan emosi. ada orang cop aku as orang yang ada masalah dengan emosi. Emosi tak stabil la, apa benda alah lain, macam-macam. aku nak tegas kan kat sini yang , even aku ada konfik dengan emosi aku ni, aku tak ganggu siapa-siapa pun. aku beremosi sorang-sorang depan PC. status kat FB pun, aku tak paksa siapa-siapa like or comment. nak remove aku as friend pun boleh. aku tak kesah lah. aku ada FB bukan nak bertanding siapa ramai kawan. =.=''
kenapa aku berperang dengan emosi? ok. ni sebab nya, aku mula-mula koya moved on. tak heran sikit pun. tapi hakekat nya, aku heran. yes aku sangat heran. pernah jugak aku koya nak cari lain. nak tu, nak ni. tapi yang tu jugak aku cari last-last. sekarang sejak kuning cair *kod name orang yang sebijik dengan Si gemok aku* mula muncul, asyik tegur. (*aku tak koya kan?) aku jadi tak keruan jap. jap je ok? masa tu je. even sekarang, ada dua tiga ketul makhluk yang nak rapat dengan aku. aku k je. nak kawan kawan boleh. tapi kalau dah:
L : awak, saya mula suka kat awak lah. jom couple. aku : habes GF awak? nak letak mana? L : saya tak heppy dengan dia sekarang ni. tapi dengan awak, saya heppy. saya jatuh cinta dengan awak. aku : fikir masak-masak la dulu ok? L : apa kurang nya saya dari Ex awak tu? awak tak boleh terima saya ke? kenapa? aku *dalam hati* : kalau sekarang ko boleh curang. nanti-nanti pun ko akan curang jugak. GF tu ko akan tinggal sebab aku. habes, nanti ko tinggal aku sebab perempuan lain. please la. hidup ada karma.
*ayat aku kurang ajar ke? maaf* =.='' siapa makan cili, rasa pedas.
jadi,kawan-kawan. ayoh la kita berdoa semoga aku jadi kebal. =)
seiring dengan era yang serba nak cantik, cun, cepat dan ceria ni. negara kita, Malaysia telah dilanda demam Korea. demam ke? ok maybe tak. HEHE! aku pun kena demam tu jugak. aku suka tengok rambut budak-budak korea ni. muka licin. cute gilee dengan mata besar, mulut kecik, hidung kecik, aaaaa! comel. laki pempuan, sama je. adorable sangat. dah tengok dream high? b.o.f? marry me mery? personal taste? guminho? adehh =.=
huhu. eh apa ni. mula kena greeting dulu la. Salam korang. ok haa. sekarang baru boleh nak 'huhu'. nak tahu kenapa aku curious? sebab entry aku sangat pelik la. sebab? motif? betol ke apa yang aku fikir ni. blog aku yang aku rahsia kan dari semua orang dah di jumpai oleh dia. Si gemok aku. adakah ini juga bermakna, dia dah jumpa blog ni? =.= konfiusssss. ok. aku tengah WC (web cam) dengan Si Gemok lagi ni. OMG. I miss You so much la gemok. jom kapel balik nak? ;p ( kuat nya aku berangan)
title nak gempak je. HAHA! ok. hari ni aku nak bertanya dan meluah sedikit sebantak idea-idea kurang matang aku mengenai tajuk kita.
kalau sebut cinta, mesti orang akan kaitkan dengan couple. iaitu pasangan. perlu ke?
semua tu depend on pandangan masing-masing. kalau korang rasa tak perlu, maka tak perlu lah. mungkin korang tak nampak lagi keperluan untuk ada seorang teman. mungkin korang rasa cukup dengan ada nya kawan sekeliling. terserah la kan? tak kan la aku nak mintak korang senarai kan alasan korang pulak. tak rational la tindakkan aku nanti. ni kan subjektif.
bagi aku pulak, sejak putus tunang ni. aku memang nampak beza hidup bujang (tak ada teman a.k.a BF). memang aku sokong sesetengah pihak yang cakap kita perlu ada pasangan. bagi aku la, tak kan ko nak ngadu benda macam-macam pada kawan? contoh? ok. sebagai contoh, semalam tak dapat tidur sebab mimpi pelik. so, korang terjaga dari tidur yang super-takbest tu. korang nak ke mesej kawan? let say jam dah point pukul 3 pagi. percaya la cakap aku. tak semua kawan boleh tahan lame kalau macam tu sikap ko. paling tak pun, dia akan dengar je. ko nangis takut ke, ko tak sedap hati ke, dia just dengar je. tak bagi respon positif. setakat 'haa. owh. ye la tu.' tu je.
nak aku ulas lagi ? tak perlu kot. so, sekarang aku nak cakap kenapa aku sokong hidup berteman ni.
ok. mula-mula aku rasa sebab aku ni pernah hidup berteman untuk 1 tempoh yang agak lama (bagi aku 3tahun asyik berkepit,bermesej,pantang ada cuti nak jumpa tu lama ok?)
sebab kedua, ialah sebab aku tak pernah bujang solo tak berteman. haha! swear! aku akui dulu aku ni kaki laki. semua laki aku kawan. aku lepak sana sini dengan laki. tapi sejak aku jumpa Si Gemok aku tu, aku buang dah tabiat tu. aku ada dia sorang je. so, sekarang aku tak ada siapa-siapa (ayat nak sedih je kan?)
jadi, konklusi nya. aku jadi sunyi tak tentu hala. meroyan gile nak mampus. tak hengat dunia punye sial. (dah datang dah tabiat mencarut dia) HAHA! jangan marah aku ye?
soalannya sekarang, setelah meneliti entri ni apa anda dapat? huhu =.='
*kadang-kadang aku ni senggaaaal nak mampus. pergi 'like' and konon nye cairrr bile tengok orang yang iras-iras Si Gemok aku tu. Gosh! sah aku gileee. kan? err~ by the way, ada siapa-siapa yang single and available tak? ;p jom kenal. HAHA!
hai.hai hari ni cuma nak cakap yang tiba-tiba aku rindu ex aku pulak. teringat jaman bersama dulu. yela. kami couple jarak jauh. Kl and Kb tu sangat jauh ok? sekarang cik saffa pun sedang merasa.
kalau dulu, aku lapar, ngidam nak Mc D ke KFC ke, maka si gemok aku tu akan bank-in kan duit supaya aku dapat makan. kira macam belanja la tu. kan? kami makan sama-sama depan WC (web cam). aku teringat satu benda ni. aku berkenan sangat dengan seluar applemint wane hitam. kat Parkson tu ada 2helai je. and saiz aku (25) ada 1 je. so, aku sangat mengade dengan dia. asek cakap je pasal seluar ru. then, satu hari tu dia cakap
'yang,cube cek cimb. papa rasa duit ayang terbanyak la.'
maka aku cek la. ok. memang ada duit yang tak tahu dari mana.
'dah tengok dah? papa rasa ayang dah boleh beli seluar tu kot.dah pegi beli cepat. kang habis.'
terharu aku. haha! maka aku ajak la kawan baik aku mase tu (cik jaja) untuk beli seluar tu.
so, kami memang happy dengan cara ni. full of suprise. even jauh sangat with each other.
ok. now aku teringat pulak peristiwa aku di tipu oleh si gemok.
mula-mula dia cakap dia nak balik KB. aku happy gilee. dah 2bulan tak jumpe, tak date. asek WC je. rindu la jugak kan? dua hari dari tarikh yang dia sepatut nya balik KB dia cakap ada emergency. tak dapat balik. aku sedih gileeee! aku dah beli hadiah nak bagi dia. sedihhh~ malam tu, kazen dia, Kak Mily ajak aku keluar. ok. kazen dia memang sangat baik dengan aku. rapat gilee. aku pun keluar jela. tak suspek apa-apa. make-up tak, lawa-lawa pun tak. memang buruk habis.
ok ni part aku tak leh lupe. bila aku naik MyVi Kak Mily, aku terbau perfume si gemok. ok. aku pelik tapi malas nak layan sebab maybe aku terlalu rindu. zzzzz~*hp vibrate.
'hello,pa'
'haa. ayang kat mana? dah keluar dengan Kak Mily dah ke?'
'a'a. Pa.. rindu.. nape tak jadi balik. lau balik, boleh date taw. ayang rindu papa.'
'sorry la syg. papa ada keje. hurm ayg~~*suara gedik dia yang aku sangat suka.* cbe tengok belakang.'
maka aku jerit kuat-kuat.
PAPA!!!!
dia menyorok kat belakang! betuah punye budak! eeee.
macam tu la hidup aku dengan dia selama 3tahun. rindu seyh!
fyi : aku suka sangat panggil Boyfie aku dengan nama Papa. sweet!
i miss you. serious saya rindu awak. nobody boleh replace awak setakat ni. OMG! kenapa saya still cari gambar awak, cari mesej-mesej lama dalam HP lama tu. all. everything. awak. Fb awak mana?
ok sekian. aku nak nangis puas-puas. aku ni perempuan jugak kan? so, lumrah la. sakit hati,sedih= nangis.
salah saya kerana cepat menaruh harapan.
salah saya kerana cepat berharap.
salah saya lagi.
kerana cepat suka awak.
salah saya kerana anggap awak milik saya.
salah saya kerana sama kan awak dengan Ex saya.
salah saya kerana selalu mencari kesempurnaan.
salah saya jugak kerana terlalu taksub dengan takuk lama.
semalam saya tidur pukul 12.30. lepas tengok Die Hard kat TV 2.
dalam pukul 3 kot, HP saya vibrate-vibrate. saya serabut, saya bukak mesej dalam mamai-mamai.
from : **** time : 3.01 a.m.
*content mesej tu saya terlupa*
. sekian.
errr~
betul ke awak mesej saya. ke saya mimpi? sebab pagi ni saya cari balik mesej tu. tapi tak jumpa. bukan apa , kadang-kadang saya ni gatal tangan nak delete balik mesej bila saya baca time mamai. hee
sambil-sambil dengar lagu yang tengah kena jiwa ni. lagu akon-lonely. hurmm *mengeluh!
bosan nya macam ni. memory card HP rosak. Dia pulak tahu marah je. ok fine. malas nak mention about you lagi dah. yes saya merajuk. puas hati? saya touching dengan awak. faham?!
nak BRB balik. boleh? possible tak? ok. sangat impossible. argh! lonely!
sila jatuh tangan kalau awak nak kat saya. wah! ramai nya. haha! gurau je. bosannnn!!
I missed you papa.
Gf baru lelaki di atas, sila jangan serang dia sebab entri ni tak ada kaitan hati pun dengan dia. saya just rindu dia. ok?
well, you hurt me. macam yang aku dah mention earlier. there's no space for mistake. faham la kan?
hati aku terluka lagi. ok ni bukan kerana cinta di tolak. tapi kerana aku terlalu protective. aku tak tahu macam mana nak explain. tapi aku protective. bila aku rasa something wrong, aku terus back-out. aku tak mahu hati aku remuk kemudian hari. aku step out tanpa pengetahuan Rhadio. ya. aku kecewakan dia. aku tak punya kekuatan untuk berbicara dengan dia. lagi pun, dia menjauhkan diri dari aku sebelum aku buat keputusan ni.
hari ni aku ambil keputusan muktamat. aku nak hidup sorang.
tak nak bercinta serious2. main-main boleh la kot.
(My advice, jangan jatuh hati dengan aku. jangan teringin untuk cuba bercinta dengan aku kalau tak nak di permain oleh aku )
hati aku dah tertutup untuk cinta. aku dah buat dinding yang cukup tebal untuk benda bernama cinta.
nak tahu, aku cuma nak tunggu cinta dari dia. kalau ada orang cakap aku ni bodoh aku tak kisah. orang tak rasa apa aku rasa. aku bahagia mencintai dia dalam bayangan macam ni.
aku menanti hari untuk menatap mata nya buat kali terakhir. sungguh aku merindui dia. sangat merindui dia.